Tuesday 17 January 2012

TAK BOLEH INSTALL WINDOWS

Hari ini kami dapat sebuah laptop Compaq yang mengalami masalah tidak boleh 'install' Windows. Walaupun sudah cuba pelbagai cara tetapi tetap tidak dapat 'install'. Apa yang berlaku ialah 'installation progress' hanya berjalan separuh sahaja kemudian terus terhenti di situ. Puas menunggu kami pun cuba menguji hard disk di bios. Apa yang keluar ialah 'Hard Disk Test Failed'.
Tanpa membuang masa kami terus membuka penutup bawah tempat hard disk diletakkan pada laptop itu. Amat mengejutkan kerana hard disk yang kami pegang itu sangat panas, lebih panas daripada biasa.Panasnya!
Jadi kami terus menukar hard disk yang baru memandangkan ada stok. Sepatutnya kami kena buat ujian lain untuk memastikan hard disk itu betul rosak. Tetapi memandangkan kesuntukan masa maka kami terus tukar. Selepas tukar yang baru, kami terus install Windows Vista Original dengan CD yang diberikan pelanggan. Seperti yang dijangka semuanya berjalan lancar.
Maka ketahuilah, jika hard disk anda terlampau panas maka itu tandanya sudah rosak.

No comments:

Post a Comment