Wednesday 16 October 2013

Bagaimana nak print dalam MS Excel?

Bismillah.

Print biasanya merupakan tindakan terakhir anda dalam melakukan apa-apa tugasan. Biasanya proses print adalah cukup ringkas dan senang bagi apa jua dokumen contohnya MS Word,  MS Access dan MS Powerpoint, namun mungkin tidak begitu mudah bagi sesiapa yang tidak biasa untuk print dokumen MS Excel.

Mungkin bagi anda yang mempunyai pengetahuan yang minima dalam MS Excel ni, cara yang paling simple yang akan anda ambil apabila anda perlu print dokumen Excel anda ialah dengan:
1) Klik butang Microsoft Office.

2) Klik print
3) Pilih 'print preview'. Kemudian, anda akan dapati contoh bagaimana dokumen akan dicetak dalam bentuk 'hardcopy'. Jadi, kalau saya ikut step-step seperti diatas, dokumen saya akan kelihatan seperti berikut:



Kalau diperhatikan, dokumen saya semuanya ada 11 muka dan hanya empat muka di atas sahaja yang tidak kosong. Jadi, bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?

Caranya ialah dengan membuat 'selection' keatas 'cell' yang anda hendak cetak sahaja, jangan biarkan MS Excel yang tentukan bahagian mana dari dokumen anda yang akan dicetak. Hal ini kerana bahagian yang akan dicetak itu biasanya akan ditetapkan secara default oleh Excel setiap kali anda mahu print.

Jadi bagaimanakah pula cara untuk anda sendiri pilih bahagian mana dari dokumen tersebut yang anda mahu cetak? Caranya ialah seperti berikut (sebagai contoh):

1) Pilih cell yang anda mahu cetak sambil tekan 'Ctrl' untuk bahagian pertama.

2) Pilih cell bagi bahagian kedua yang ingin dicetak juga serentak tekan 'Ctrl'

3) Tekan 'page layout'

4) Tekan 'set print area'. 

5) Kemudian anda akan notis yang kawasan yang anda pilih tadi sudah berada dalam kotak yang dilingkungi garis putus-putus seperti dalam gambar.

6) Kemudian ikut langkah untuk dapatkan print preview seperti diatas. Maka hasil yang akan dapat ialah:


Memandangkan hanya dua bahagian sahaja yang saya set, maka helaian yang akan dicetak pun hanyalah dua helai saja. Setiap bahagian yang dipilih juga akan dicetak di dalam helaian yang berlainan.
Sekian dulu dari saya.
sumber : http://inifikrahku.blogspot.com/2013/05/bagaimana-nak-print-dalam-ms-excel.html

Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word

Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:
i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu pada halaman cover thesis saya.

ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii, iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)

iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut. Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5), bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula nombor 1.

Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:
i) Pecahkan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.

ii) Untuk pecahkan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut. Kemudian klik breaks dan pilih next page.
3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotak insert, klik header dan kemudian pilih edit header. Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-. 
4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda! 

iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya tidak lakukan apa-apa perubahan pada footer muka surat tersebut.

iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.
2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki--> pilih page numbering start at 1.
4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.

v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas.

vi) Selesai, tahniah!

vii) Ucap Alhamdulillah.

viii) Jumpa lagi, moga berjaya!



sumber : http://inifikrahku.blogspot.com/2013/01/bagaimana-nak-pelbagaikan-nombor.html

Saturday 9 March 2013

Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android


Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android

Apakah Format / Factory Reset
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). TermaFormat juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahanformat dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMSContacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang



Mengapa dan siapa yg perlu membuat format ?

  • Pengguna yg mempunyai masalah Android yg agak perlahan secara tiba & tidak pasti punca, 
  • Kemaskini / upgrade OS baru tetapi tak melakukan format sistem
Nota : Selepas melakukan proses upgrade kepada OS baru terdapat data sementara yg tidak serasi dengan persekitaran baru. Contohnya Android 2.3 telah berjaya dikemaskini kepada Android 4.0, tetapi berlaku masalah sepertiForce Close atau kegagalan melancarkan aplikasi. 
  • Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo & gagal masuk ke Homescreen
  • Terlupa katakunci (password) atau pattern.
  • Masalah tersangkut (hang) dan kerap Force Close. 
Nota: Data sementara (temporary system files / Dalvik Cache) yg dicipta semasa persekitran Android 2.3 mungkin tidak lagi sesuai utk persekitaran baru Android 4.0, inilah antara punca utama penyebab Force Close. Fail sistem sementara ini perlu dibuang untuk kestabilan OS Untuk membuang data sistem lama, Format/ Factory reset adalah perlu.
__________________________________________________________________________
Bahagian A
Perkara penting bagi sebelum melakukan proses Format
Ramai pengguna mengeluh telefon yg diformat telah memadamkan kesemua kandungan & fail peribadi. Ingat! fail tidak boleh diselamatkan selepas melakukan format/ factory reset. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku pada anda, baca dan ambil kira penerangan berikut

1. Simpan fail peribadi 
Mulakan dengan membuat proses transfer file ke dalam komputer. Pengguna boleh menggunakan cara Mass Storage, MTP atau menggunakan perisian seperti Samsung Kies jika menggunakan peranti Samsung. Berikut antara lokasi penting fail pengguna yg disimpan pada peranti Android 

Root (memori dalaman  - internal memory) 
 |--DCIM (folder gambar yg diambil dengan aplikasi kamera Android)
 |--DCIM-\-Camera (folder utama simpanan gambar yg diambil dengan kamera utama Android)
 |--Download (fail yg pernah dimuat turun Android)
 |--Documents (fail dokumen yg pernah dibuat melalui aplikasi seperti Kingsoft Office)
 |--Media (fail ringtone & messagetone)
 |--Music (lagu / mp3 yg dimuat turun)
 |--Pictures (gambar yg dimuat turun)
 |--Video (video yg dimuat turun)

Jangan lupa menyimpan fail pada kad memori, anda perlu INGAT sendiri struktur susunan folder kerana fail ini akan dipindah semula selepas/ jika memori dikosongkan. 

2. Membuat backup installer atau APK , (aplikasi atau permainan) yg dimuat turun.
Bagi menyimpan aplikasi yg penting atau yg pernah dimuat turun menerusi Google Play, pengguna perlu membuat simpanan Installer utk kegunaan semula. Mungkin APK ini boleh dimasukkan dikemudian hari atau bagi pengguna yg terlupa nama aplikasi yg pernah dimuat turun. Ini juga boleh menjimatkan data Internet dengan memasukkan sendiri secaraoffline

3. Membuat backup data tambahan permainan bersaiz bersaiz besar 
Langkah ini dikhususkan bagi pengguna yg mempunyai kandungan aplikasi permainan yg besar. Bagi  pengguna yg menyimpan permainan bersaiz kecil seperti Angry Birds, anda boleh meneruskan ke langkah 4.

Pengeluar permainan video games Gameloft biasanya mempunyai data yg bersaiz besar. Jika anda masih mahu menggunakan permainan ini dinasihatkan supaya membuat backup ; menyimpan data permainan (games data/ sd data) di komputer, ini kemudian dihantar semula kedalam memori selepas format.
Nota :  Pernah muat turun permainan Gameloft tetapi tidak boleh dimainkan ? ini kerana hanya installer yg dimuat turun dari Google Playtetapi data penuh permainan tidak dimuat turun sekali. Data tambahan akan dimuat turun secara automatik semasa pelancaran pertama. Data tambahan ini dikenali Games Data atau SD Data, saiz folder pula boleh mencapai sebesar 2GB!
Data permainan (game data/ sd data) berbeza dengan Installer. Sebagai contoh saizapk installer PES 2012 cuma  kurang 6Mb. Sebenarnya fail keseluruhan PES 2012 yg diperlukan ialah 156Mb. Mana pula datangnya lagi 150Mb ?  Semasa pelancaran pertama, permainan akan mengeluarkan mesej untuk memuat turun data tambahan dari server pengeluar, data tambahan ini di simpan dalam folder yg berasingan.

Berikut ialah contoh kedudukan fail data tambahan permainan yg telah dimuat turun semasa pelancaran pertama.

Jika permainan Konami PES 2012, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder 
 |--Android \data\com.konami.pes2012 (kandungan folder bersaiz 156Mb)

Contoh lain bagi permainan Gameloft Asphalt 6, Kedudukan data tambahan disimpan pada folder 
 |--Android \data\com.gameloft.ANMP.GloftA6HP (kandungan folder bersaiz 1Gb!)

Permainan keluaran Gameloft sebelum 2011 ia menggunakan folder sendiri. Terdapat pengeluar lain seperti EA yg menyimpan data tambahan ini pada folder luar folder ini dinamakan sempena nama pengeluar atau tajuk permainan
|--Storage/Gameloft
|--Storage/EA
Walaubagaimanapun  kebanyakan pengeluar menempatkan data permainan pada (salah satu) subfolder Android
|--Android/data 
|--Android/obb
Nota: Dengan melakukan proses penyimpanan (backup) data permainan pengguna tidak lagi perlu muat turun semula data permainan yg bersaiz besar dan menghabiskan kuota internet. Adakalanya terdapat games data masih diperlukan selepas memasukkan APK secara manual meskipun dengan data permainan telah disalin semula ke kad memori, bagaimanapun amaun data yg dimuat turun agak kecil berbanding memuat turun keseluruhan data permainan penuh. Jika masih  keluar mesej muat turun dengan saiz yg amat besar ia berkemungkinan proses update ataupatching pada permainan tersebut. 

Pengguna tentu tidak perasan yg mana satu folder yg games yg bersaiz besar, Untuk mengenalpasti saiz folder ini, pengguna boleh menggunakan fungsi tambahan yg ada pada ES File Explorer > SD Card Analyst. Pengguna juga boleh menggunakan Windows Explorer pada desktop dan melihat properties folder. Salin data permainan ini kedalam komputer seperti tutorial langkah 1.



Jika terlalu banyak folder games data dalam subfolder Android, pengguna boleh menyalin folder Android sekaligus. 

4. Menyimpan mesej SMS & Contact
Bagi membuat simpanan SMS, rujuk artikel Go SMS yg pernah diterangkan terdahulu. Untuk membuat simpanan Contact boleh gunakan Go Contact atau membuat sambungan dengan akaun google gmail. 

Nota : Setiap pengguna Android yg mahu menggunakan Google Play mestilah menghubungkan Android dengan server Google secara online melalui proses sign-in. Proses sync akaun gmail akan menyimpan maklumat & butiran pengguna termasuklahContact. Hanya perlu sign-in pada akaun gmail yg sama, semua Contact pengguna akan dimuat turun semula pada peranti /Android yg baru.

Bahagian seterusnya akan menerangkan cara melakukan proses Format
__________________________________________________________________________
Bahagian B
Terdahulu, sila pastikan anda telah memahami & mengambil langkah penting di bahagian A

Bagaimana melakukan arahan format pada system Android ?

Ada 2 cara untuk melakukan proses format Android. Hanya perlu pilih salah satu Kaedah yg di terangkan dibawah

1-Format melalui Tetapan (setting) Android 


Bagi model HTC (dan  model Android 2.2),
  1. Masuk ke menu Setting
  2. SD & Phone Storage Factory Data Reset
  3. Tap Reset Phone & Erase Everything
Settings > Factory data reset

Mesej ulangan bertujuan sebagai pengesahan pengguna (user confirmation)  




Untuk model Samsung (dan model Android 2.1) 
  1. Masuk ke menu Setting
  2. Privacy > Factory Data Reset
  3. Pilih Reset Phone > Tap Erase Everything
Kosongkan Format USB storage utk tidak format kad memori

Nota
Tujuan Format USB Storage atau  Format SD Card Memory utk memadam seluruh kandungan kad memori, jangan diisikan checkbox melainkan semua data telah pun disimpan (backup) pada komputer. Jika tidak yakin, keluarkan kad memori sebelum melakukan proses Format.  
Sekiranya langkah diatas masih gagal memadamkan maklumat pengguna, ikuti langkah seterusnya


2-Format melalui kombinasi butang khas

Bagi model HTC,

  1. Tutup telefon sepenuhnya
  2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (-)
  3. Dengan masih menahan butang Volume (-), tekan butang Power
  4. Tunggu sehingga gambar Android skateboard muncul pada skrin, 
  5. Apabila muncul lepaskan butang Volume (-)
  6. Tekan Volume (-) bagi memilih Clear Storage (atau Factory Reset)
  7. Tekan butang Power bagi melaksana arahan Format
  8. Selesai dan mulakan Android seperti biasa
HTC menggunakan antaramuka Bootloader 


Untuk model Samsung

  1. Tutup telefon sepenuhnya
  2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (+),
  3. Dengan masih menahan butang Volume(+), tekan butang Home serta butangPower bersama
  4. Tunggu sehingga logo Samsung muncul pada skrin, apabila muncul lepaskan kesemua butang 
  5. Android akan masuk ke sistem Recovery dengan latar belakang gambar Android
  6. Gunakan butang Volume dan Home sebagai navigasi menu, 
  7. Info: Volume(+) = Atas ; Volume(-) Bawah ; Home=Laksana arahan
  8. Pilih Wipe Data / Factory Reset
  9. Selesai dan mulakan Android seperti biasa

Samsung menggunakan Android System Recovery 

Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android. 

Nota: Adakalanya kombinasi Factory Reset berbeza2 mengikut model. Pengguna boleh merujuk buku manual atau membuat semakan google ataua pada laman web Hard Reset.com mengikut model masing2.
__________________________________________________________________________

Bahagian C
Seterusnya lakukan proses restore dengan menyalin atau memindahkan semula fail yg disimpan dikomputer ke dalam Android
  1. Salin fail peribadi / personal ke dalam memori (memori dalaman / kad memori)
  2. Salin fail APK installer, lakukan proses installasi dari APK dengan pengurus fail (File Manager /Es ExplorerSignin akaun Google jika tiada File manager. 
  3. Salin folder data tambahan permainan (games) ke lokasi asal, 
  4. Laksanakan installasi aplikasi & permainan yg diinginkan.
  5. Tempatkan fail backup Go SMS / Go Contacts pada folder yg betul 
  6. Reboot/ Restart

Tahniah, anda telah menjalani proses Format yg agak komprehensif dengan jayanya.

Sumber bacaan & gambar

Wednesday 6 February 2013

Tutorial : Tukar file ke format PDF


sila ikot step ini ok?

1) Download software ini. www.dopdf.com dan dipersilakan install.

2) Buka file yang telah korang scan and nak tukar formatnye tu.

3)Click File >> Print . Kenapa print? korang bukan nak print pon kan? ye tahu.tahu. hihi. thenmake sure Printer tu 'doPDF' okay? then click la 'Print'

4) Bila dah tekan, dia akan keluar pop up window macam ni. ni die suruh SAVE la ni. kat yang kotak merah tu, korang boleh rename file itu ye. lepas dah settle, click OK!

Nanti begini lah rupa file itu. hihi. kalau nak save a copy pon tak ada masalah.. dah siap!!

Harap tutorial ini membantu! cuba korang check balik checklist yang diperlukan. mana lah tahu kalau ada terlepas pandang. ;D


sumber : http://dhiajohary.blogspot.com/2012/08/tutorial-tukar-file-ke-format-pdf.html

Thursday 31 January 2013

Guide to the process of disassembly of the Toshiba NB100

Guide to the process of disassembly of the Toshiba NB100, accompanied by photos and instructions to disassemble, repair and upgrade the hard drive and all components of this netbook.
Toshiba NB100 netbook is the first of the Japanese multinational. Sandwiched between giants like Asus Eee PC and Acer Aspire One mini-notebook Toshiba has had to strengthen their identity and build a personality that allowed him to create his own niche of fans.
This specificity was not detected in an innovative and attractive design, but rather in the quality of materials and design technology, making it closer to the netbook notebook. Removing the Toshiba NB100, in fact, we could appreciate the care and constructive knowledge of the manufacturer, which manifests itself in particular that for most will be insignificant, but that seriously affect the reliability and longevity of the laptop.
As we shall see throughout this illustrated guide to disassembly, the Toshiba NB100 does not allow easy access to internal components for any upgrades or repairs, with the exception of the memory socket SoDIMM DDR2 accessible by opening a small door on the bottom.
Despite the magnesium alloy chassis and assembly through parts screwed and stuck favor the operations and reduce the risk of doing damage, but you should always use extreme caution and not to proceed if you do not have the full knowledge of what do.

Step 1 Battery

To remove the 4-cell battery sticking out of the back of the netbook you need to move to the right lever. Unlike other low cost laptops Toshiba NB100 does not have a predisposition to accommodate any SIM card in the battery compartment, but the lower right corner of the case.
Fondo del netbook Toshiba NB100

Step 2 RAM

To open the memory door just unscrew the single screw that secures it to the base. We are in front of a slot containing a memory 200 pin connector.
Sportellino memoria Toshiba NB100
To extract the memory module RAM SoDIMM must move outwards away the retention metal at its ends. The module will snap upwards assuming an angle of about 30 degrees relative to the base. At that point you just have to pull it out.
Memoria Toshiba NB100

Step 3 Keyboard

In order to continue with our disassembly procedure must unscrew all the screws on the base.
Toshiba NB100 viti sul fondo
Toshiba NB100 viti sul fondo
Then stir the netbook with the keyboard facing up and remove the panel located between the keyboard and the display. This operation can help you with a flat-blade screwdriver or other tools flat and thin.
Toshiba NB100 pannello superiore
Act on the lower edge of the panel, at the point where it joins the keyboard, trying to lift it gently.
Toshiba NB100 rimozione pannello superiore
Completed, we are finally faced with two pairs of screws: the first hold the keyboard, the other anchor the display hinges to the base. After having unscrewed, the keyboard will come off easily without having to exert any pressure.
Toshiba NB100 rimozione pannello superiore
Toshiba NB100 viti tastiera
Toshiba NB100 rimozione tastiera
Display del netbook Toshiba NB100

Step 4 Wireless Card

Toshiba NB100 tastiera
Under the keyboard, a small aperture gives direct access to the PCI Express minicard that contains the Atheros WiFi adapter. Before removing the card you need to undo the two antennas, cables and unscrew the screws holding the base. The form must then marched like a memory bank.
Scheda di rete WiFi
Antenne

Step 5 Motherboard

The motherboard, hard drive and other components are still hiding inside the base. For maintenance, repair or upgrade of some complexity will be necessary to remove the top panel of the base.
Vano della tastiera
First, however, we need to remove the four screws and remove all ZIF connectors in the space vacated by the keyboard. Then we can remove the panel from the base trying to open all the joints without forcing.
Toshiba NB100 scheda madre
We find in him before the logic board closed between 'magnetic hard disk 2.5-inch on the left (1) and the cooling fan on the right (3).
Hard Disk
Processore e chipset
Ventola
Bluetooth
At the center we see the couple CPU Intel Atom N270 and Mobile Intel 945GSE (2), which dominates the small Bluetooth module (4).




Motherboard del netbook Toshiba NB100

Monday 14 January 2013

Kickass Undelete Mampu Mengembalikan Data Yang Terhapus


Tool data recovery yang satu ini merupakan software portabel (tidak perlu di instal / setup untuk dapat menggunakannya), program ini adalah kickass undelete. Software ini sanggup merecover file-file yang telah terhapus di hardisk, flash disk bahkan memory SD (SD Card). Keunggulan lainnya dari Kickass Undelete adalah termasuk aplikasi open source alias gratis :) dan dapat digunakan pada sistem operasi Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7. Walalupun Kickass Undelete merupakan software gratisan, tapi fiturnya termasuk sangat lengkap.
Adapun fitur-fiturnya sebagai berikut:
- Merupakan program Open Source (gratis)
- Dapat mendukungan filesystem FAT dan NTFS
- Filter dengan nama file dan ekstensi file
- Memiliki antarmuka (tampilan) yang mudah dipahami
- Memiliki tombol SCAN yang tidak wajar alias besar sekali tombolnya :)
Hal yang perlu di ingat adalah software Kickass undelete ini dapat bekerja dengan baik, jika pencarian file dilakukan sesegera mungkin setelah penghapusan file (file Anda hilang). Dan jangan melakukan aktifitas apapun (mengedit, membuat dan menghapus file lainnya atau baru) karena file yang baru akan menimpa file-file Anda yang terhapus tadi secara permanen, membuat proses recovery menjadi mustahil.
Anda dapat mengunduh (mendownload) software kickass undelete ini melalui link ini:
Berikut merupakan tahapan untuk mengggunakan Kickass Undelete , sbb.:
1. Setelah di unduh (download), jalankan software Kickass Undelete.
2. Pada panel bagian (sebelah) kiri, pilihlah drive yang filenya akan di-recover. kemudian klik pada tombol Scan yang besar terdapat di panel sebelah kanan atas untuk mulai proses menemukan file yang pernah terhapus.
kickass undelete
Biarkan sampai proses pencariannya selesai.
menemukan file yang terhapus
3. Pilih file yang ada dalam daftar file yang ditemukan oleh software ini dengan cara memberi centang. Anda dapat mengurutkan daftar file yang muncul berdasarkan Name, Type, Size, dan Last Modified. Setelah selesai memilih file, klik tombol Restore Files di sisi kanan bawah dari program ini.
mengembalikan file yang terhapus
Selamat Anda telah berhasil mengembalikan file yang terhapus dengan menggunakan software kickass undelete portabel. Sukses untuk Anda
sumber : http://www.belajarkomputer.org/kickass-undelete-mampu-mengembalikan-data-yang-terhapus.html

Monday 31 December 2012

Mencari Password Untuk File yg Di Download


 Mencari Password Untuk File yg Di Download

Bukak Google:
http://www.google.com
Copy salah satu downlod link dalam thread tersebut dan paste kat tempat search Google:


Haa..yang menjadi tricknya ialah, korg letak word "password" atau "pass" kat hujung sekali. (without the quotes)


Voila!


Camne la kita nak hidup kalau xde Google.....

sumber jiwang.org