Friday 29 June 2012

Tips Penting Untuk Pengguna Windows 64-bit (x64)

intel-core-i99-petala-langit
Saya adalah pengguna sistem operasi Windows 64-bit (x64) sejak tiga tahun lepas lagi, dan boleh dikatakan saya amat puas hati menggunakan 64-bit Windows berbanding 32-bit Windows.
Sekiranya anda menggunakan Ram 4 GB atau lebih, saya cadangkan anda untuk menggunakan 64-bit Windows bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan hardware komputer anda di mana terdapat limitasi penggunaan Ram sekiranya anda menggunakan Windows 7 32-bit.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian yang direka khas untuk platform Windows 7 x64 dan ianya dioptimasi supaya lebih laju, stabil dan selamat.


Senarai Perisian Penting untuk Windows 64-bit

1. Antivirus : Microsoft Security Essentials x64
2. Browser : Mozilla Firefox 64-bit | Opera Browser 64-bit
3. Plugin : Adobe Flash Player 64-bit | Java Runtime 64-bit
5. Utilities : CCleaner 64-bit
6. Microsoft Office : (Word, Powerpoint, Excel ) 64-bit
7. Media Player : Potplayer 64-bit | iTunes 64-bit
8. Compression : WinRAR 64-bit | 7zip 64-bit
9. Torrent : uTorrent 64-bit
10. Productivity : Windows Live Essentials

Beberapa Mitos Windows 64-bit

1. Windows 64-bit tidak boleh main game

pes-fifa
- Ini adalah tidak benar sama sekali, kerana sepanjang saya menggunakan Windows x64 sejak lebih 3 tahun memang tiada masalah untuk bermain game PC.
- Tidak kira Fifa, PES, Street Fighter IV, Battlefield 3 mahupun Angry Birds…tiada masalah bermain permainan PC dalam Windows 64-bit

2. Windows 64-bit tidak boleh install perisian bukan 64-bit

windows-64-bit
- Tidak benar, kerana anda boleh install perisian bukan 64-bit dan ianya akan dimasukkan ke dalam folder Program Files (x86). Ini bermakna anda akan mempunyai dua folder Program Files dan juga Program Files (x86) sekiranya menggunakan Windows 64-bit.

3. Windows 64-bit adalah berat dan tiada drivers hardware

Sekiranya anda menggunakan Ram yang banyak (lebih 4 GB ram) adalah digalakkan mengunakan Windows 64-bit kerana ianya menjadikan computer anda lebih laju dan stabil.
Untuk drivers, anda boleh download drivers yang khusus untuk 64-bit sahaja daripada laman asal pembuat hardware anda. Driver 32-bit tidak boleh diinstall di dalam komputer menggunakan 64-bit.

Bermula Mac OS X Lion (10.7) Apple telah menjadikan OS X sebagai 64-bit secara default dan ianya bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih maju dan tidak lagi menggunakan perisian 32-bit.
Pengguna Windows juga harus beralih kepada sistem operasi 64-bit dan jika perlukan Ram lebih sila beli sekarang sebab Ram sangat murah. 4 GB DDR3 boleh dapat dengan harda RM60-70 saja.
Jika anda mempunyai key Windows yang sah, anda boleh download ISO Windows 7 64-bit daripada link rasmi Microsoft.

sumber : http://jomphp.com/tips-penting-untuk-pengguna-windows-64-bit-x64.html#more-6261

Cara Buang Anvitivirus Palsu (Fake/Rogue Antivirus)

buang-antivirus-palsu
Kerap kali orang bertanyakan kepada saya bagaimana cara membuang antivirus palsu dalam computer mereka. Antivirus palsu ini menganggu operasi komputer seperti menyebabkan komputer lembab, cpu usage 100% dan Windows gagal berfungsi dengan baik. Antivirus palsu ini juga gagal dibuang menggunakan perisian antivirus seperti AVG, Avast dll.
Tutorial ringkas ini akan menunjukkan cara membuang antivirus palsu seperti PC Security 2011, Antivirus XP, XP Guardian, AV Security 2012 dan sebagainya.


Cara membuang antivirus palsu

1. Download Remove Fake Antivirus (1.84 terbaru)
2. Tekan butang start
3. Biarkan ia scan computer anda.
4. Restart computer dan kemudian jalankan scan menggunakan antivirus seperti Microsoft Security Essentials.
Perisian Remove Fake Antivirus ini telah terbukti Berjaya membuang banyak antivirus palsu dan telah menyelamatkan banyak computer daripada menjadi mangsa.
Download Remove Fake Antivirus

sumber : http://jomphp.com/cara-buang-anvitivirus-palsu-fakerogue-antivirus.html#more-6278

Info : Jumlah RAM yang disokong dalam Windows

windows-7-ram-limit
Berikut adalah jumlah maksimum RAM yang disokong di dalam setiap versi sistem operasi Windows 7 bermula daripada versi Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise dan Ultimate.

Secara ringkas :
Windows 7 Starter hanya menyokong RAM 2GB sahaja, manakala Windows versi lain hanya menyokong setakat 4 GB RAM bagi versi Windows 32-bit atau x86. Untuk menggunakan RAM lebih daripada 4 GB, anda boleh menggunakan sistem operasi Windows 7 64-bit atau x64.
Saya sarankan pembaca menggunakan Windows 64-bit dan RAM sekurang-kurangnya 4 GB untuk kepuasan berkomputer dengan laju dan selamat. Anda boleh rujuk artikel berikut mengenai Windows 7 x64 : Tips Penting
Untuk maklumat mengenai ram limit dalam Windows XP dan Vista boleh rujuk laman rasmi Microsoft.
sumber  http://jomphp.com/info-jumlah-ram-yang-disokong-dalam-windows.html#more-6394