Tuesday 17 January 2012

jangan baiki jika laptop rosak motherboard

Laptop yang rosak motherboard semakin menjadi-jadi terutama mereka yang memiliki laptop menggunakan processor AMD. Dari 1 Januari 2011 hingga hari ini kami menerima tidak lebih daripada 9 kes kerosakan motherboard. Mulai tahun ini juga kami telah membuat keputusan untuk tidak membaiki sebarang laptop yang rosak motherboard disebabkan laporan daripada pelanggan pada tahun lepas adalah sangat negatif. Maksudnya kebanyakan pelanggan yang baiki motherboard akan berlaku kerosakan berulang mengikut tempoh tertentu bergantung kepada nasib.
Ada setengah mereka yang ok sampai sekarang, ada pelanggan yang hanya bertahan selama sebulan, seminggu dan paling teruk sehari sudah rosak balik. Jika berlaku kerosakan berulang ada kemungkinan motherboard sudah tidak mampu untuk dibaiki lagi.
Bayangkan duit sudah habis banyak baiki laptop akhirnya laptop sudah rosak motherboard sepenuhnya. Jadi, anda terpaksa beli yang baru.
Saranan kami ialah 'trade in' laptop yang rosak motherboard dan duit yang dapat itu gunakan untuk beli laptop baru. Usah cuba baiki motherboard laptop lagi kerana lambat laun akan rosak juga. Mulai tahun ini juga pelanggan yang datang untuk baiki motherboard dengan kami maka kami tidak akan terima lagi kes ini dan saranan kami adalah 'trade in' laptop itu dan beli laptop baru.
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2011/01/trade-in-laptop-rosak-motherboard/

No comments:

Post a Comment