Tuesday 17 January 2012

komputer gagal masuki Bios dan skrin menjadi blank

Apabila pelanggan membawa komputer yang gagal masuki Bios dan skrin tidak mengeluarkan apa-apa tulisan dan gambar, maka perkara pertama bermain dalam fikiran kami ialah kerosakan motherboard. Cara mudah ini adalah sesuai untuk anda menguji desktop sahaja. Ini kerana anda hanya perlu buka penutup tepi desktop untuk melihat motherboard. Jika anda ingin membuka motherboard laptop maka anda perlu lalui banyak langkah bergantung kepada model laptop.
Gambar di atas ialah 'motherboard' sebuah komputer meja. Jika anda perhatikan gambar di atas. Ada beberapa cip iaitu objek yang berwarna hitam dan melekat di papan litar.
Cara pertama:
Apa yang anda perlu buat ialah sentuh semua cip yang ada semasa komputer anda masih berjalan. Jika ada cip yang tidak boleh disentuh kerana terlampau panas maka memang pasti motherboard anda bermasalah.
Cara Kedua:
Cara ini dilakukan apabila anda gagal mengesan kerosakan pada cara pertama iaitu perhatikan permukaan kapasitor di motherboard. Jika terdapat permukaan atas kapasitor (kepala kapasitor) yang terbuka seolah-olah terbakar maka memang pasti 'motherboard' komputer anda bermasalah.
Gambar menunjukkan salah satu kapasitor yang terbakar.
Gambar menunjukkan salah satu kapasitor yang terbakar.
Anda boleh cuba mana-mana cara terlebih dahulu bergantung kepada kemudahan yang ada.
Selamat Mencuba!
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2011/01/cara-mudah-periksa-motherboard-rosak/

1 comment: