Tuesday 17 January 2012

MASALAH COPY DATA

Kadang-kadang kita perlu menyusun fail dan folder yang melibatkan pemindahan dalam kuantiti yang besar contohnya 9GB. Mungkin juga lebih seperti 26GB. Walau apa pun saiznya kalau boleh jangan amalkan 'cut' dan 'paste'. Lebih selamat jika anda amalkan 'copy' dan 'paste' kemudian delete fail di tempat lama. Ini kerana jika berlaku masalah semasa proses pemindahan fail seperti terputus elektrik maka anda boleh ulang balik 'copy' fail.
Ada juga kes berlaku 'error' semasa pindah fail disebabkan ada virus dalam folder. Biasanya jika berlaku 'error', proses pemindahan akan terhenti setakat itu. Jika anda 'cut' maka kekeliruan akan timbul sebab fail mana yang telah dipindah dan fail mana yang belum. Akhirnya folder asal sebanyak 9GB tetapi selepas pemindahan hanya jadi 8GB. Sebab itu lebih selamat jika anda amalkan 'copy' dan 'paste'.
SUMBER : http://nuzulquran.com/bm/2011/01/copy-dan-paste-bukan-cut-dan-paste/

No comments:

Post a Comment