Friday 21 December 2012

kesan bateri rosak

Bateri Notebook Yang Rosak Boleh Memberikan Kesan Buruk Kepada Notebook.

Assalamualaikum semua,
Aku percaya ramai antara kita yang memiliki notebook untuk kegunaan sehari-harian. Kebanyakkan notebook yang kita ada mungkin sudah berusia melebih satu tahun. Pada permulaannya kuasa bateri notebook anda mungkin boleh bertahan antara lapan hingga sepuluh jam (standby) manakala jika kita guna berterusan boleh bertahan antara tiga hingga lima jam.
Apabila notebook kita semakin berusia maka tempoh penggunaannya untuk mode bateri akan semakin berkurangan. Ini disebabkan bateri notebook tidak lagi boleh menyimpan kuasa sehingga seratus peratus. Mungkin sudah menurun.
Bateri notebook biasanya akan boleh bertahan antara satu tahun ke dua tahun sahaja. Selepas itu biasanya ia hanya boleh menyimpan tenaga sekitar sepuluh persen saja.
Dari pengalaman dan pemerhatian, aku dapati jika kita berterusan menggunakan notebook dengan kuasa bateri yang semakin kurang dan menggunakan tenaga elektrik secara terus dari plug, satu hari notebook anda akan memberikan satu respon yang anda sendiri tidak jangka. Antaranya apabila di tekan butang power, notebook anda hanya boleh switch on power saja manakala tak ade ape-ape yang akan dipaparkan di skrin. Ada juga antara notebook yang mana baterinya sudah tidak boleh di cas lagi memberikan impak yang buruk kepada adaptor dan plug rumah anda. Sehinggakan plug dan  adaptornya terbakar walaupun semasa notebook anda masih dalam keadaan tertutup dan adapternya tetap disambungkan ke plug.
Oleh itu pesanan dari aku, jika notebook anda sudah tidak boleh bertahan dalam mode baterinya iaitu sekitar beberapa minit saja, dan anda ingin meneruskan juga menggunakan notebook itu, eloklah ditanggalkan bateri dahulu dari notebook itu dan gunakan adapter untuk tenaganya. Selepas menggunakan notebook itu pastikan anda mencabut plug adaptor dari plug rumah anda untuk mengelakkan notebook anda rosak. Baca lebih lanjut berkenaan

sumber : http://blogsyarih.com/awas-bateri-notebook-yang-rosak-boleh-memberikan-kesan-buruk-kepada-notebook/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+Blogsyarih+%28Syarih.com+|+Hidup+Biar+Berkat.%29&utm_content=Yahoo!+Mail

No comments:

Post a Comment