Monday 28 November 2011

Tutorial melajukan Windows anda menggunakan Tune Up Utilities 2012

tune-up-2012
Masalah utama Windows ialah bila digunakan dalam jangkamasa lama akan menjadi perlahan, dan punca utama adalah masalah registry corrupt, program error dan sebagainya.
Tutorial ini akan mengajar anda cara melajukan Windows menggunakan perisian Tune Up Utilities 2012.
tuneup-utilities-2012 Pertama kali dilancarkan, Tune Up 1-Click Maintenance akan muncul dan scan komputer anda untuk error dan masalah lain yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab dan berat.
Selepas siap scan, sila tekan Run maintenance.
tune-up-utilities 2012
Pada bahagian PC optimization mode: Anda boleh set kepada Turbo atau Standard untuk melajukan proses Windows. Kalau anda mahu jimatkan penggunaan bateri sila set kepada Economy.
tuneup-utilities-2012[7]
Masuk Tune Up System Control dan tekan bahagian Network, sila matikan fungsi “Search network for shared resources automatically”.
tuneup-utilities-2012[9]
Masuk bahagian Memory and Cache, tekan pada Recommended dan biasanya Tune Up akan cadangkan pilihan Always keep in memory.
tune-up-utilities-2012
Anda juga boleh matikan fungsi Show low disk space warning.
Lain2 setting seperti disable error reporting, disable fungsi history pada Windows Media Player, atau disable Windows Update jika anda tidak guna langsung fungsi Windows Update.
tune-up-utilities-2012[7]
Untuk melajukan startup, buka TuneUp Startup Manager dan delete program yang tidak perlu seperti Adobe PDF, Widget dan sebagainya yang boleh melembabkan komputer.
Sedikit tips; uninstall program atau games yang tidak perlu dan memberatkan komputer, jangan biar kapasiti hard disk penuh, jangan install sebarang toolbar atau program berbentuk malware dan adware dan paling penting…
Jangan gunakan banyak jenis antivirus serentak dalam satu Windows, saya cadangkan antivirus Microsoft Security Essential supaya komputer lebih ringan, laju dan selamat.

sumber : jomphp.com

Tutorial convert video dan meletakkan subtitle secara kekal (hardsubbed)

Tutorial ringkas untuk meletakkan subtitle ke dalam video secara kekal (hard subbed).

Katakan anda anda satu file video (avi/mkv/etc) dan file subtitle dalam format .srt anda boleh jadikan video itu dalam satu format video sahaja beserta subtitle untuk di pasang dalam mana-mana peranti elektronik yang menyokong video playback.
freemake[8] Letakkan video file dan subtitle file dalam folder sama dan dengan filename yang sama.
Gunakan converter seperti Freemake video converter untuk convert file video kepada hardsubbed.
freemake video converter
Tambah video ke dalam task untuk diconvert, dan pada bahagian subtitle pilih file subtitle .srt.
freemake-video-converter
Pilih format video yang anda ingin convert, sebagai contoh saya pilih MKV. Anda boleh pilih kualiti video yang anda hendak convert itu, atau kekalkan kualiti dengan file asal.
Anda boleh pilih saiz minimum atau maximum file yang hendak diconvert.
freemake converter
Tunggu process convert selesai, kalau anda pilih MKV biasanya process convert sangat lama. Saya cuba kecilkan movie Bluray kepada mkv dengan size 500+ MB untuk contoh ini.
freemake[10]
Conversion siap dalam masa 20 minit menggunakan komputer Core i7, proses convert file 3 gig avi kepada 500 MB mkv.
Video yang sudah siap diconvert itu mengandungi file subtitle secara kekal.
Adalah dinasihatkan supaya jangan terlampau merendahkan size video atau mengubah setting video kualiti, bitrate, resolution kerana ia berpotensi mencacatkan output video. Cara terbaik ialah trial and error setting yang terbaik.
Download Freemake Video Converter (free).

SUMBER :jomphp.com

Tips dan plugin berguna untuk Windows Live Writer

Jika sebelum ini saya memperkenalkan penggunaan Windows Live Writer untuk menulis artikel blog, kali ini saya akan berkongsi tips dan plugin berguna untuk Windows Live Writer. Dengan artikel ini, anda akan menjadi seorang pengguna pro Windows Live Writer dalam masa yang singkat.
wlw1 

 

Tips

1.Disable fungsi realtime spell check
Fungsi realtime spell check menyemak kesalahan ejaan perkataan secara live. Bagaimanapun jika anda menulis artikel selain english, fungsi ini agak menyemakkan mata (lihat contoh dibawah).
tips1
Oleh itu sebaiknya disablekan fungsi ini. Untuk disable:
1.Tools –> Options
2.Spelling dan untick Use real time spell checking
tips1.1
2.Automatik ping server
Sama seperti WordPress, WLW mempunyai fungsi untuk automatik Ping server. Untuk menggunakannya pergi ke:
1.Tools->Options
2.Ping Servers-> Enable Send pings dan pastekan ping list anda.
tips2
Anda boleh dapatkan ping list disini :
3.Auto Linking
Sekiranya anda kerap menaip perkataan contohnya JomPHP dan hyperlink ke jomphp.com, fungsi ini akan memudahkan kerja anda dengan automatik hyperlink setiap kali anda menaip perkataan JomPHP.
1)Tools –> Options
2)Auto Linking dan Add perkataan yang anda mahu.
tips3
4.Refresh theme
WLW pada asalnya akan detect automatik theme yang digunakan oleh blog anda supaya anda dapat mengagak hasilnya setelah dipublish. Tetapi bagaimana jika anda menukar themes baru? Anda perlu Refresh Theme.
1.Blogs –> Edit blog settings
2.Editing –> Refresh Theme
tips4
5.Upload picture to FTP Server
Jika anda tidak mahu upload gambar ke blog anda sebaliknya upload ke FTP server, WLW ada menyediakan fungsi ini.
1.Blog –> Edit blog settings
2.Pictures
tips5
6.Menambah border dan efek pada gambar
Anda dapat menambah bordere dan efek pada gambar dengan mudah menggunakan WLW. Hanya klik pada gambar dan pilih border dan efek yang anda mahukan pada sidebar sebelah kanan. Gambar dibawah menggunakan border Photopaper.

tip6
7.Save Settings As Default
Jika anda selalu menggunakan border dropshadow bagi gambar anda dan memilih size original, anda boleh setkannya sebagai default. Caranya dengan klik Save Settings As Default setelah memilih settings yang anda inginkan.
tips7
8.Source dan Preview
Jika anda memerlukan untuk mengedit HTML, hanya klik pada tab Source pada bahagian bawah.
Untuk melihat preview artikel setelah dipublish, klik pada Preview.
tips8
9.More Options
Tunjukkan fungsi advanced seperti trackbank, author, slug dan excerpt dengan klik pada butang seperti dibawah. Anda boleh juga menekan kekunci F2.
tips9

10.Readmore
Untuk menggunakan fungsi readmore, hanya klik pada butang Split Post
tips11

Plugin berguna

1.Instant ImageShack
Upload gambar ke ImageShack dan automatik masukkan ke post anda. Sangat berguna!
2.Flickr Upload
Upload gambar ke Flickr dan automatik masukkan ke post anda. Sangat berguna!
3.Znagit
Capture screen dari SnagIT terus ke WLW
4.Find & Replace
Tambah fungsi Find & Replace yang tiada dalam WLW.
5.Shaper Photo
Edit image menggunakan WLW
6.Text Template
Save ayat yang selalu anda gunakan. Sesuai untuk pesanan di hujung post.
7.Source Code Formatter
Mahu masukkan code HTML, CSS dll ke dalam post anda?Gunakan plugin ni.
8.Cool Emoticon
Masukkan pelbagai emoticon menarik ke dalam post anda.
9.Bullets plugin
Bosan dengan default bullet? Gunakan plugin ini.
10.Polaroid Picture
Tambah efek Polaroid ke gambar anda dengan senang.
11.Insert From Live Image Search
Perlukan gambar untuk post anda?Dapatkan dengan senang menggunakan plugin ini,
12.Picasa Image Plugin
Masukkan gambar dari album Picasa anda ke dalam post dengan senang.
13.Flickr4Writer
Masukkan gambar dari akaun Flickr anda ke dalam post dengan senang.
14.Skydrive Attachment Plugin
Upload file dengan senang menggukan Skydrive dan attach ke dalam post anda.

Selamat mencuba ;)

SUMBER : http://jomphp.com/tips-dan-plugin-berguna-untuk-windows-live-writer-3.html

Tutorial menggunakan Windows Live Writer untuk menulis artikel blog

Sepanjang saya menjadi seorang blogger, hampir 95% artikel adalah ditulis menggunakan Windows Live Writer. Windows Live Writer merupakan perisian percuma dari Microsoft yang sangat berguna untuk menulis artikel blog anda. Dengan menggunakan WLW, anda dapat menulis dengan mudah, cepat dan kemas.

wlw0

Masih baru dengan WLW? Tutorial kali ini akan menunjukkan bagaimana menggunakan WLW untuk menulis artikel blog anda.

Kenapa anda patut menggunakan Windows Live Writer

1.Mudah digunakan, seperti Micorosft Word
2. Ringan (5mb) dan percuma!
3.Support blogger (blogspot), wordpress (percuma dan selfhosted), typad dan banyak lagi.
4.Boleh menulis walaupun offline (Save sebagai draft)
5.Boleh digunakan untuk banyak blog sekaligus.
6.Sokongan plugin yang banyak.

Setup Windows Live Writer

1.Download Windows Live Writer dan install
2.Next
wlw1
3.Pilih Other blog service
wlw2
4.Isikan domain blog anda, usernam dan juga password.
wlw3
5.Tunggu proses integrasi dengan blog siap.
 wlw4
6.Pilih nama bagi blog anda dan klik Finish.
wlw5

Menulis Artikel

1.Tulis tajuk artikel dan kandungan anda seperti biasa.
wlw6
2.Untuk memasukkan gambar, klik pada Picture di sidebar sebelah kanan.
wlw8
3.Pilih Kategori pada bahagian bawah.
wlw7
4.Sekiranya anda sudah berpuas hati, klik pada Publish pada bahagian atas.
wlw9
5.Tunggu proses upload artikel anda siap
wlw12
6.Perhatikan artikel baru akan keluar pada blog anda.
wlw13

Untuk pengguna WordPress

Pastikan anda menhidupkan fungsi ini untuk menggunakan Windows Live Writer:
1.Login ke Admin Control Panel dan pergi ke Settings->Writing
wlw10
2.Enable Atom Publishing Protocol dan XML-RPC



wlw11 

SUMBER : http://jomphp.com/tutorial-menggunakan-windows-live-writer-untuk-menulis-artikel-blog-2.html

Layari Internet tanpa gangguan iklan dengan AdBlock

Apabila anda membuka satu-satu laman web, akan keluarlah iklan pelbagai rupa. Ada yang kecil, besar, berkelip-kelip, dan yang berbunyi macam kad raya. Ada kalanya, iklan lagi banyak daripada kandungan laman web itu sendiri.
Lihat sahaja perbezaan laman web The Star dengan dan tanpa iklan di bawah:
thestar-dengan-iklan
Faulty traffic lights cause massive jam near Sprint-Damansara toll - Google Chro_2011-11-16_22-07-59
Untuk menyekat iklan-iklan tersebut, anda boleh menggunakan AdBlock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.
Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:
Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock ini dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

SUMBER: SEMBANGKOMPUTER.COM

Matikan fungsi semakan ejaan pada Word 2010

Microsoft Word 2010 didatangkan dengan fungsi semakan ejaan serta nahu. Fungsi ini berguna jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Inggeris, namun boleh jadi menjengkelkan jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Malaysia.
Selain itu, terdapat juga fungsi AutoCorrect yang akan membetulkan ejaan secara automatik, contohnya perkataan ‘komputer’ akan ditukar kepada ‘computer’ walaupun ianya disengajakan.
Ikuti langkah mudah di bawah untuk mematikan fungsi-fungsi ini pada dokumen anda. 

Mematikan fungsi semakan pada Word 2010

Pergi ke menu File > Options, dan tetingkap Word Options akan terpapar. Pilih bahagian Proofing.
Jika anda ingin fungsi semakan dimatikan buat dokumen tersebut sahaja, tandakan pada kotak “Hide spelling errors in this document only” serta “Hide grammar errors in this document only”
matikan-fungsi-ejaan-office-2010
Sebaliknya jika anda ingin mematikan fungsi ejaan pada semua dokumen, buang semua tanda yang berada pada bahagian “When correcting spelling and grammar in Word”
matikan-fungsi-ejaan2-office-2010

Mematikan fungsi pembetulan ejaan pada Word 2010

Pada tetingkap Word Options tadi, tekan butang “AutoCorrect Options”. Pada tab AutoCorrect, buang tanda pada kotak “Automatically use suggestions from the spell checker”.
matikan-fungsi-ejaan3-office-2010
sumber : sembangkomputer.com

Bagaimana nak mengetahui kata laluan Wi-Fi yang telah dimasukkan dahulu

Biasanya apabila anda sudah mendapatkan kata laluan bagi rangkaian Wi-Fi, ianya akan dimasukkan secara automatik setiap kali anda berada di kawasan tersebut, jadi anda tidak perlu mengingatnya lagi.
Bagaimana pula juga anda igin berkongsi kata laluan tersebut dengan orang lain? Senang sahaja, anda boleh mendapatkannya kembali. Mula-mula tekan pada ikon Wi-Fi pada taskbar anda, dan pilih ‘”Open Network and Sharing Center”.
_2011-11-18_12-32-01 

Dari sidebar kiri, pilih “Manage wireless networks”

network-sharing-center-02
Klik kanan pada rangkaian Wi-Fi yang ingin anda ketahui, dan pilih ‘Properties’.
network-sharing-center-03

Pergi ke tab ‘Security’, dan tandakan pada kotak “Show characters”. Anda akan dapat melihat kata laluan yang telah dimasukkan bagi rangkaian Wi-Fi tersebut.



network-sharing-center-04 
sumber : http://sembangkomputer.com/ketahui-wi-fi-key-yang-dimasukkan/

CHECK SPESIFIKASI PC


****Elakkan anda dari ditipu penjual komputer dan kembalikan maruah anda sebagai pembeli.

Katakan anda membeli sebuah hard disk yang bersaiz 80GB dengan 8MB buffer di sebuah kedai. Anda memasangnya pada komputer dan anda dapat melihat status kapasitinya ialah hampir 80GB,ok...! Tapi, adakah anda pasti yang hard disk yang baru dibeli itu ialah 8MB buffer, bukannya 2MB buffer?
Atau anda telah membeli sebuah komputer peribadi baru, katakan dengan kelajuan frekuensi CPU sebanyak 3.0GHz. Tetapi adakah anda pasti bahawa CPU anda sememangnya berkelajuan 3.0GHz, bukannya 2.8 GHz? Anda mungkin dapat melihat status pada post BIOS( ketika mula menghidupkan komputer) bahawa CPU anda beroperasi pada 3.0GHz, tapi adakah anda pasti bahawa CPU anda bukan berada dalam keadaan overclock? [Overclock adalah satu cara untuk menaikkan kemampuan CPU komputer peribadi anda melampaui tahap biasa secara paksa. Misalnya sebuah CPU dengan kelajuan frekuensi 1.8GHz boleh dilakukan overclock sehingga 2.8GHz.] Jika overclock berlaku, bermakna anda telah ditipu kerana anda membayar harga yang lebih untuk CPU yang sebenarnya lebih murah! 
Jika anda merupakan pengguna komputer peribadi amatur atau masih baru dalam bidang PC, kemungkinan anda ditipu tanpa disedari amat tinggi. Perkara ini sememangnya selalu terjadi, malah saya sendiri pernah melihat sebuah kedai menipu dua pelanggan yang sama dalam satu hari. Bagaimana seseorang pengguna yang tidak mahir dalam selok belok PC untuk mengetahui bahawa perkakasan atau hardware komputer peribadi yang dibeli adalah benar-benar mengikut spesifikasi yang dibayar?
Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melihat sendiri spesifikasi hardware yang anda beli – adakah ia mematuhi apa yang anda inginkan dan lebih penting nilai yang anda bayar. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui spesifikasi sebarang hardware pada komputer peribadi anda. Salah satu cara yang mudah adalah dengan menggunakan perisian diagnostik, seperti contoh Everest Home Edition, Sisoftware Sandra, CPU-Z dan lain-lain lagi.


Untuk memindah terima/ download perisian Everest Home Edition, anda boleh klik pada mana-mana pautan di bawah:

Download Everest (pautan 1) di lavalys.com
Download Everest (pautan 2) di lavalys.com
[Nota: Anda boleh ke laman web www.lavalys.com untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini, atau sekiranya kedua-dua pautan di atas tidak berfungsi]

1. Install perisian Everest Home Edition pada komputer peribadi anda dan lancarkan perisian itu.
2. Anda akan dapat melihat paparan antaramuka utama perisian itu seperti di bawah. Pada kolum kiri, anda dapat melihat pelbagai opsyen perkakasan/hardware yang terdapat pada sistem komputer peribadi anda.
3. Contohnya, anda membeli hard disk baru iaitu jenama Maxtor dengan spesifikasi 80GB ruang dan 8MB buffer. Jika anda telah memasangnya pada sistem komputer, maka anda boleh melihat status dan spesifikasi hard disk anda di Everest. Pada kolum kiri (atau kanan), double-klik pada ikon Storage. Menu storage akan dipanjangkan/expand. Pilih Windows Storage. Pada kolum kanan baris pertama, pilih hard disk yang anda ingin lihat spesifikasinya dari senarai yang diberi.
4. Pada baris seterusnya di kolum yang sama, anda akan dapat melihat segala maklumat mengenai hard disk anda, termasuklah kapasiti dan nilai buffer pada hard disk berkenaan. Di sini anda boleh membandingkan spesifikasi yang dinyatakan penjual baranagan hardware dengan spesifikasi sebenar seperti yang dinyatakan.
Sama seperti kes terbeli komputer yang telah dilakukan overclock. Anda boleh ke bahagian Computer dan pilih overclock. Pada baris CPU Clock, anda dapat mengetahui sama ada CPU anda berada dalam keadaan overclock atau tidak. Jika nilai kelajuan CPU anda sama (atau hampir sama) seperti nilai original dalam kurungan, maka CPU anda tidak berada dalam keadaan overclock, seperti gambarajah di bawah. Jika melebihi nilai original, maka CPU anda berada dalam keadaan overclock.
Selain hard disk dan CPU, banyak lagi spesifikasi hardware lain yang anda dapat lihat di sini; motherboard, RAM, PCI Device, anda buat pilihan!
Selain dari Everest Home Edition, terdapat pelbagai perisian lain lagi yang anda boleh gunakan untuk membuat diagnostic seperti ini. Berikut merupakan senarai perisian diagnostic serta pautan yang anda boleh guna untuk download perisian terbabit.