Monday 28 November 2011

Tutorial melajukan Windows anda menggunakan Tune Up Utilities 2012

tune-up-2012
Masalah utama Windows ialah bila digunakan dalam jangkamasa lama akan menjadi perlahan, dan punca utama adalah masalah registry corrupt, program error dan sebagainya.
Tutorial ini akan mengajar anda cara melajukan Windows menggunakan perisian Tune Up Utilities 2012.
tuneup-utilities-2012 Pertama kali dilancarkan, Tune Up 1-Click Maintenance akan muncul dan scan komputer anda untuk error dan masalah lain yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab dan berat.
Selepas siap scan, sila tekan Run maintenance.
tune-up-utilities 2012
Pada bahagian PC optimization mode: Anda boleh set kepada Turbo atau Standard untuk melajukan proses Windows. Kalau anda mahu jimatkan penggunaan bateri sila set kepada Economy.
tuneup-utilities-2012[7]
Masuk Tune Up System Control dan tekan bahagian Network, sila matikan fungsi “Search network for shared resources automatically”.
tuneup-utilities-2012[9]
Masuk bahagian Memory and Cache, tekan pada Recommended dan biasanya Tune Up akan cadangkan pilihan Always keep in memory.
tune-up-utilities-2012
Anda juga boleh matikan fungsi Show low disk space warning.
Lain2 setting seperti disable error reporting, disable fungsi history pada Windows Media Player, atau disable Windows Update jika anda tidak guna langsung fungsi Windows Update.
tune-up-utilities-2012[7]
Untuk melajukan startup, buka TuneUp Startup Manager dan delete program yang tidak perlu seperti Adobe PDF, Widget dan sebagainya yang boleh melembabkan komputer.
Sedikit tips; uninstall program atau games yang tidak perlu dan memberatkan komputer, jangan biar kapasiti hard disk penuh, jangan install sebarang toolbar atau program berbentuk malware dan adware dan paling penting…
Jangan gunakan banyak jenis antivirus serentak dalam satu Windows, saya cadangkan antivirus Microsoft Security Essential supaya komputer lebih ringan, laju dan selamat.

sumber : jomphp.com

No comments:

Post a Comment