Monday 28 November 2011

CHECK SPESIFIKASI PC


****Elakkan anda dari ditipu penjual komputer dan kembalikan maruah anda sebagai pembeli.

Katakan anda membeli sebuah hard disk yang bersaiz 80GB dengan 8MB buffer di sebuah kedai. Anda memasangnya pada komputer dan anda dapat melihat status kapasitinya ialah hampir 80GB,ok...! Tapi, adakah anda pasti yang hard disk yang baru dibeli itu ialah 8MB buffer, bukannya 2MB buffer?
Atau anda telah membeli sebuah komputer peribadi baru, katakan dengan kelajuan frekuensi CPU sebanyak 3.0GHz. Tetapi adakah anda pasti bahawa CPU anda sememangnya berkelajuan 3.0GHz, bukannya 2.8 GHz? Anda mungkin dapat melihat status pada post BIOS( ketika mula menghidupkan komputer) bahawa CPU anda beroperasi pada 3.0GHz, tapi adakah anda pasti bahawa CPU anda bukan berada dalam keadaan overclock? [Overclock adalah satu cara untuk menaikkan kemampuan CPU komputer peribadi anda melampaui tahap biasa secara paksa. Misalnya sebuah CPU dengan kelajuan frekuensi 1.8GHz boleh dilakukan overclock sehingga 2.8GHz.] Jika overclock berlaku, bermakna anda telah ditipu kerana anda membayar harga yang lebih untuk CPU yang sebenarnya lebih murah! 
Jika anda merupakan pengguna komputer peribadi amatur atau masih baru dalam bidang PC, kemungkinan anda ditipu tanpa disedari amat tinggi. Perkara ini sememangnya selalu terjadi, malah saya sendiri pernah melihat sebuah kedai menipu dua pelanggan yang sama dalam satu hari. Bagaimana seseorang pengguna yang tidak mahir dalam selok belok PC untuk mengetahui bahawa perkakasan atau hardware komputer peribadi yang dibeli adalah benar-benar mengikut spesifikasi yang dibayar?
Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melihat sendiri spesifikasi hardware yang anda beli – adakah ia mematuhi apa yang anda inginkan dan lebih penting nilai yang anda bayar. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui spesifikasi sebarang hardware pada komputer peribadi anda. Salah satu cara yang mudah adalah dengan menggunakan perisian diagnostik, seperti contoh Everest Home Edition, Sisoftware Sandra, CPU-Z dan lain-lain lagi.


Untuk memindah terima/ download perisian Everest Home Edition, anda boleh klik pada mana-mana pautan di bawah:

Download Everest (pautan 1) di lavalys.com
Download Everest (pautan 2) di lavalys.com
[Nota: Anda boleh ke laman web www.lavalys.com untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini, atau sekiranya kedua-dua pautan di atas tidak berfungsi]

1. Install perisian Everest Home Edition pada komputer peribadi anda dan lancarkan perisian itu.
2. Anda akan dapat melihat paparan antaramuka utama perisian itu seperti di bawah. Pada kolum kiri, anda dapat melihat pelbagai opsyen perkakasan/hardware yang terdapat pada sistem komputer peribadi anda.
3. Contohnya, anda membeli hard disk baru iaitu jenama Maxtor dengan spesifikasi 80GB ruang dan 8MB buffer. Jika anda telah memasangnya pada sistem komputer, maka anda boleh melihat status dan spesifikasi hard disk anda di Everest. Pada kolum kiri (atau kanan), double-klik pada ikon Storage. Menu storage akan dipanjangkan/expand. Pilih Windows Storage. Pada kolum kanan baris pertama, pilih hard disk yang anda ingin lihat spesifikasinya dari senarai yang diberi.
4. Pada baris seterusnya di kolum yang sama, anda akan dapat melihat segala maklumat mengenai hard disk anda, termasuklah kapasiti dan nilai buffer pada hard disk berkenaan. Di sini anda boleh membandingkan spesifikasi yang dinyatakan penjual baranagan hardware dengan spesifikasi sebenar seperti yang dinyatakan.
Sama seperti kes terbeli komputer yang telah dilakukan overclock. Anda boleh ke bahagian Computer dan pilih overclock. Pada baris CPU Clock, anda dapat mengetahui sama ada CPU anda berada dalam keadaan overclock atau tidak. Jika nilai kelajuan CPU anda sama (atau hampir sama) seperti nilai original dalam kurungan, maka CPU anda tidak berada dalam keadaan overclock, seperti gambarajah di bawah. Jika melebihi nilai original, maka CPU anda berada dalam keadaan overclock.
Selain hard disk dan CPU, banyak lagi spesifikasi hardware lain yang anda dapat lihat di sini; motherboard, RAM, PCI Device, anda buat pilihan!
Selain dari Everest Home Edition, terdapat pelbagai perisian lain lagi yang anda boleh gunakan untuk membuat diagnostic seperti ini. Berikut merupakan senarai perisian diagnostic serta pautan yang anda boleh guna untuk download perisian terbabit.


No comments:

Post a Comment