Saturday 10 December 2011

Masalah Komputer Lagging

 

Masalah komputer lagging dan beroperasi dengan lembap serta perlahan menyebabkan anda berasa begitu geram dan binggung kerana anda terpaksa menunggu lama komputer anda untuk beroperasi semula dan apatah lagi jika anda sedang melakukan sesuatu tugasan dan komputer anda pula terhenti secara tiba-tiba. Klik ini tak dapat, klik itu pun tak dapat juga. Pasti anda geram sangatkan. Namun, apa yang jelas, pasti anda tertanya-tanya "kenapa komputer saya beroperasi dengan lembap sekali dan tiba-tiba lagging?" Nah, dalam posting kali ini, admin ingin berkongsikan serba sedikit ilmu IT dengan anda semua tentang punca berlakunya masalah tersebut dan cara mengatasinya.

Punca-punca:
1. Saiz memori RAM yang sangat kecil dan kurang memberi penyokongan pada prestasi sistem operasi komputer anda iaitu, 512 MB dan 1 GB.
2. Fail-fail yang terdapat dalam komputer anda terlalu berselerak.
3. Jarang melakukan Antivirus Update.
4. Malas melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter pada setiap minggu atau selang dalam masa tiiga hari.
5. Tong sampah komputer anda mungkin penuh dan jarang dibersihkan.
6. Penggunaan Windows Gadget yang terlalu banyak dan pemasangan 3D Animation Wallpaper pada paparan skrin komputer.
7. Penggunaan program yang terlalu banyak pada Startup. Misalnya, Yahoo Messenger, Skype, dan sebagainya.
8. Jarang melakukan scanning komputer.
9. Pengginaan windows yang tidak bersesuaian dengan keperluan sistem komputer atau CPU.
10. Partition atau Local C dan D dipenuhi gambar-gambar, video-video, permainan 3D dan perisian komputer yang dipasang tetapi tidak digunakan.

Cara mengatasinya pula:
1. Sila tambahkan memori RAM komputer anda. Sekurang-kurangnya 2 GB ke atas.
2. Sila Uninstall a program komputer atau perisian yang mana anda jarang guna-pakai dan tidak digunakan sama sekali.
3. Lakukan Antivirus Update sekurang-kurangnya dalam sehari sekali.
4. Kerap melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter setiap minggu atau selang dalam masa tiga hari. Anda boleh dapati kedua-dua perisian ini pada Start> All programs> Accessories> System Tools> Disk Cleanup, Disk Defragmenter.
5. Paling penting, jangan biarkan tong sampah anda dipenuhi fail-fail yang tidak digunakan. Sila pastikan tong sampah komputer anda berada dalam keadaan kosong.
6. Bagi yang berkemampuan, sila dapatkan perisian Tuneup Utilities di pasaran bagi meningkatkan lagi tahap prestasi komputer anda. Ini kerana perisian ini dilengkapi dengan turbo dan perisian lain yang mampu meningkatkan tahap prestasi komputer anda. Bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh menggunakan perisian yang sedia ada pada microsoft windows komputer anda.
7. Sila tukarkan prestasi komputer anda pada tahap High Performance. Anda boleh dapati di Start> Control Panel> Adjust commonly used mobility settings> More power option> tukarkan pada High Performance.
8. Ingat! Sila matikan pembesar suara komputer anda setiap kali anda melakukan shut down untuk mengelakkan masalah berlaku ketika anda ingin menghidupkan semula komputer anda.

SUMBER :http://keykey-unirazak.blogspot.com/2011/10/masalah-komputer-lagging.html

No comments:

Post a Comment