Saturday 10 December 2011

KIRA WATT YG DI PERLUKAN KOMPUTER

Membeli sebuah unit bekalan kuasa (Power Supply Unit – PSU) sangat penting untuk disesuaikan dengan spesifikasi komputer. Hal ini kerana PSU akan membekalkan kuasa ke seluruh perkakasan komputer seperti pemain DVD, papan induk, RAM, kad PCI, kad video, cakera keras dan sebagainya supaya komputer terus dapat beroperasi.
Kekurangan bekalan kuasa menyebabkan komputer tidak boleh dibuka atau terpadam secara tiba-tiba semasa menggunakannya. Perkakasan komputer juga boleh rosak akibat bekalan kuasa yang tidak cukup.
Contohnya, spesifikasi komputer adalah seperti berikut:
  • Intel Core 2 Duo E7400
  • 4GB RAM
  • ASUS P5PKL/6000
  • LG DVD Writer
  • Sapphire Radeon 4350
  • Western Digital 80GB+250GB
Hasil keputusannya:
Kira Watt yang diperlukan komputer
Jadi, PSU yang sesuai untuk dibeli berdasarkan spesifikasi di atas ialah PSU berkuasa 550 Watt dan ke atas.
Kiraan kuasa Watt sebegini sangat berguna kepada individu yang bercadang untuk menaik taraf spesifikasi komputer lama kepada yang baharu. Pembelian pakej komputer yang dimodifikasi (customize computer) dari kedai perlu disemak betul-betul, sama ada menggunakan PSU berjenama seperti iCute, Cooler Master, Xigmatex dan Silverstone atau cap ‘ayam’ yang berharga RM39 sebuah.
Spesifikasi komputer yang rendah mungkin tidak bermasalah untuk menggunakan PSU cap ‘ayam’. Namun, sekiranya saudara menggunakan kad grafik tambahan, lebih baik menggunakan PSU yang lebih berkualiti.
Klik sini: Power Supply Calculator

SUMBER : http://www.teknomasi.com/2011/08/kira-watt-yang-diperlukan-komputer.html

No comments:

Post a Comment