Saturday 10 December 2011

Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama

Biasanya, pc atau laptop kalau dibiarkan on selama berpuluh-puluh jam pasti akan menjadi panas, dan seterusnya mengakibatkan performance komputer menjadi “sluggish” dan kerap hang. Tapi, selepas restart atau shutdown, performance komputer akan menjadi laju seperti sedia kala.
Untuk mengatasi masalah tersebut, berikut adalah langkah2 yang boleh diambil;

Software solutions

1. Speedfan
speedfan
Salah satu sebab komputer jadi slow ialah masalah overheating. Speedfan boleh menunjukkan temperature processor dan juga GPU komputer. Anda juga boleh set automatic fan speed bagi membolehkan speedfan mengawal kelajuan kipas pada gpu dan cpu.
Download SpeedFan.
2. Power Management
edison power management
Jika membiarkan komputer on untuk tujuan download (idm/torrent) anda boleh turn off fungsi lain bagi menjimatkan elektrik serta mengelakkan komputer menjadi panas.
Untuk akses power management di komputer anda, boleh gunakan Power Option dalam Control Panel. Taip powercfg.cpl pada start menu.
Atau untuk lebih mudah gunakan perisian Edison.  Download Edison di sini.
3. Ram defragmenter
Kadang2 komputer jadi slow mungkin juga sebab memory leak disebabkan perisian yang anda gunakan ini di-coding dengan buruk.
Anda boleh cuba perisian seperti SpeedUpMyPC untuk defrag ram dan sekaligus menjadikan komputer lebih lancar.
4. OS
Jika ada ram lebih daripada 4gig, sila gunakan OS 64 bit (x64) dan bukannya OS 32bit (x86). 64 bit OS lebih lancar, laju dan stabil kerana ia mampu menggunakan kesemua kapasiti ram yang ada.

Hardware solutions

1. Upgrade processor
Processor lama agak slow dan cepat panas. Jadi kalau ada duit sila upgrade ke processor dengan teknologi terkini yang laju serta menjimatkan tenaga dan kurang panas. Contohnya seperti Intel Core i5 dan i7 serta AMD Phenom II.
2. Upgrade ram
Kalau ram hanya 2gig for sure la komputer takde la lancar sangat. Nak multitasking pun kena la ada ram yang banyak. At least, anda kena ada sekurang-kurangnya 4gig ram baru lah rasa nikmat menggunakan komputer yang laju dan tidak lag.
3. Gunakan kipas yang lebih bagus
Biasanya stock fan yang ada pada CPU agak cikai, dan cepat panas. Jadi anda boleh tukar fan yang lagi hebat dan dahsyat bagi membolehkan cpu bertahan lama tanpa panas.
Jika menggunakan notebook, pastikan guna notebook cooler bagi elak notebook daripada cepat panas.
Kalau boleh, turn off la komputer sekali sekala. Tak kira la komputer harga rm10k sekalipun, Kalau biar on selama beberapa hari mesti la panas.

sumber : http://jomphp.com/maintain-performance-pc-selepas-penggunaan-yang-lama.html

No comments:

Post a Comment