Saturday 10 December 2011

Cara menghapuskan Malware tanpa Format Komputer

Entry kali ini aku nak share tool yang amatlah power untuk menghapuskan malware yang bersarang di dalam komputer korang. Tool ini amatlah berkesan dan aku selalu menggunakannya bila laptop aku telah menjadi sewel dek kerana malware-malware yang tidak diundang. Tool ini dipanggil Combofix. Apa itu Combofix?

Combofix adalah program yang akan mengimbas komputer untuk mencari malware dan akan membersihkan jangkitan secara automatik.
Jika komputer korang dijangkiti malware dan spyware, solution yang terbaik adalah dengan menggunakan Combofix. Sila menggunakan versi yang paling baru setiap kali menggunakannya. Sebelum run tool Combofix ini sila matikan anti virus korang dulu ye.
Untuk mendapat tutorial lebih detail korang boleh klik disini
Untuk mendownload klik disini
Amaran : Oleh kerana Combofix adalah tool yang teramatlah power, aku menyarangkan korang baca tutorial menggunakanya betul-betul. Sebab tool ni digunakan oleh professional sahaja. Penggunaan Combofix dilakukan pada risiko anda sendiri.

sumber : http://harikary.com/?p=92

No comments:

Post a Comment