Tuesday 28 February 2012

buka semula fail dalam pendrive yang hilang

Perkara ini berlaku kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat (hidden). Lihat pada rajah di bawah.



Ada beberapa cara mengatasi masalah ini.
CARA 1
1. Klik Start --> pilih Run --> taip cmd


Kemudian klik OK dan paparan seperti berikut akan kelihatan.


Jika pen drive ada berada pada G misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan ini

attrib -r -a -s -h /s /d

Kemudian enter

Insya-Allah fail yang hilang akan nampak semula. Selamat mencuba.

CARA 2
Cara ini ialah membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.
Mula-mula buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.

attrib -r -a -s -h /s /d
exit

Savekan fail berkenaan dengan nama misalnya unhide.bat
Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian klikkan pada fail ini. Insya-Allah semua fail akan kembali kepada keadaan asal.

No comments:

Post a Comment