Tuesday 17 January 2012

skrin laptop gelap

Sering terjadi pelanggan membawa laptop yang rosak dan mengatakan, "Skrin laptop saya gelap tidak keluar apa-apa, boleh baiki skrin tak?".
Biasanya, jika laptop anda memiliki tanda kerosakan sebegini, bukan skrin laptop yang rosak tetapi motherboard yang rosak. Lebih spesifik lagi iaitu ada cip di motherboard yang berlaku 'overheat' terutamanya 'display chip'. Jika cip ini rosak maka laptop lansung tidak keluarkan apa-apa tulisan di skrin. Skrin laptop yang rosak biasanya akan keluarkan paling kurang pun garis-garis hitam dan warna pudar menandakan skrin berfungsi tetapi tidak sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang skrin rosak boleh klik di sini.
Dengan kata lain, jika laptop anda mempunyai simptom skrin gelap tidak keluarkan apa-apa maka yang rosak adalah motherboard laptop. Kos baiki antara RM180 hingga RM250 bergantung kepada kedai.
Jika laptop itu menggunakan processor jenama AMD maka kebarangkalian untuk kembali rosak amatlah tinggi. Kami sarankan jika anda ada duit lebih baik beli yang baru daripada membaikinya, Tetapi tidak salah untuk mencuba baiki untuk kali pertama. Jika rosak sekali lagi barulah beli yang baru.
Jika laptop anda menggunakan processor jenama Intel maka harapan sangat tinggi untuk bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman kami. Semuanya juga bergantung kepada cara anda guna.
Jika anda sayangkan data yang ada dalam laptop yang rosak motherboard itu, jangan risau kerana anda masih boleh jadikan hard disk di dalam laptop itu sebagai 'external hard disk'. Cuma perlu beli bekasnya(casing) sahaja.
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/12/skrin-laptop-gelap/

Skrin yang tiada paparan biasanya berlaku kerana masalah perkakasan. Ia mungkin berpunca daripada monitor itu sendiri ataupun mungkin disebabkan oleh kad grafik! Cuba pasang monitor lain pada CPU anda dan lihat sama ada terdapat paparan atau tidak. Jika ada paparan maka monitor anda itu yang bermasalah. Jika tetap tiada paparan setelah anda gunakan monitor lain, maka kemungkinan besar masalahnya ialah pada kad grafik anda!

5 comments: