Saturday 7 January 2012

Printer Dengan CISS Ink Lebih Bermasalah Jika….

Sehari dua nih aku bergelumang dengan beberapa printer bermasalah, terutama nya printer Canon all in one yang dipasang dengan CISS ink. CISS ink ini dipasangkan tangki ink diluar printer dan disalurkan ink melalui rangkaian paip kecil ke dalam katrij ink didalamnya.
Dari sudut pengguna, memanglah amat menjimatkan kerana satu tanki ink boleh tahan sehingga beberapa bulan dengan penggunaan sehingga dua ream kertas. Tetapi terdapat beberapa kelemahan jika anda ingin teruskan penggunaannya. Antaranya:
1. Jika anda adalah pengguna yang mencetak pada kuantiti yang banyak setiap hari boleh lah memasang CISS ink tank, tetapi jika sebaliknya eloklah tidak meneruskan niat untuk memasangnya. Ini kerana jika tidak digunakan selalu katrij ink nya mudah tersumbat dan tidak mengeluarkan ink kemudiannya.
2. Apabila sampai satu masa sekira-kira ink didalam katrij sudah dikira habis maka printer akan memberikan alarm bahawa ink sudah habis disebabkan sensor pada cartridge itu. Oleh itu anda perlulah melakukan “reset ink counter” supaya ink counter akan menjadi normal kembali. Jika tidak anda mungkin tidak boleh mencetak lagi.
3. Jika ink didalam paip tidak bergerak atau dimasuki udara maka udara tersebut akan masuk kedalam katrij ink dan menyebabkan ink didalam katrij akan habis. Ini kerana katrij tidak mampu menyedut ink lagi. Akibatnya anda akan terpaksa mengeluarkan semula katrij dan mengisi ink (refill) dan memasangkan semula paip ink nya.
4. Proses melakukan servis atau penyelenggaraan akan menyebabkan lebihan ink akan melekat ditangan anda dan amat sukar untuk ditanggal kan jika menggunakan sabun pencuci biasa. Anda perlukan bahan pencuci automotif untuk mengeluarkan sepenuhnya.
5. Perlu diingat, syarikat pengeluar printer tidak mengiktiraf sebarang pemasangan CISS ink dan risikonya jika anda meneruskannya juga pihak pengeluar printer tidak lagi akan memberikan sebarang jaminan keatas printer itu.
Kita sebagai pengguna perlulah memikirkan apakah cara yang terbaik supaya pemasangan sistem ink ini cukup berkesan atau tidak kepada kita. Jika anda seorang yang kurang penyabar adalah lebih baik elakkan memasang sistem ini kerana apabila printer mempunyai masalah nanti anda akan merana.

sumber :http://blogsyarih.com/printer-dengan-ciss-ink-lebih-bermasalah-jika/?utm

5 comments:

  1. macam mana nak selenggara sndiri. ink ciss x masuk ke katrij

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayajuga hadapi masalah Yang Sama.. dah try pump guna picagari Dari luar berkesan sekejap.. saya Rasa kena masuk ink dekat cartridge tu..mcm Yang admin cakap kat atas..

      Delete
  2. camner nk reset ink counter utk mdel mp237??

    ReplyDelete
  3. lupe nk ckp...sy pnye printer ink kt luar...

    ReplyDelete
  4. saya sedang melaluinya sekarang...
    minggu ni sahaja berapa kali ulang-alik ke kedai printer sebab masalah yg sama..
    sekarang printer tersadai begitu sahaja..
    x boleh guna,
    rasa nya katrij dh masuk angin kot,
    sebab tu ink putus2 je
    kalau nak tanggalkan hos ink tu boleh x?
    kita refill sendiri je
    x pon guna catridge asal
    boleh ke mcm tu

    ReplyDelete