Sunday 1 January 2012

awas kingston klon

walawe.. sekarang ni flash drive jenama KINGSTON pun ada clone, jadi berhati-hati bila membali.

akibat bila guna kingston clone ni data yang kita simpan akan bermasalah (corrupt data), langsung tak boleh read data tu,

setakat ni benda ni ada jual dekat ground floor wisma merdeka nama kedai aku tak ingat pasal bukan aku yang beli benda ni, tapi kedai tu bukan kedai PC la, semacam kedai jual cd or dvd, pekedai tu display benda ni dalam rak kaca dekat pintu masuk, dan harga dia dalam RM49.90,

ciri-ciri kingston clone ni.
sama seperti model ni



lepastu kalau korang perasan kingston ORI lampu dia warna kuning kehijauan, tapi yang clone ni warna merah, dah tu kedudukan lampu juga berbeza dengan yang ORI.
lepas tu kalau korang perasan model ori macam dekat gambar tu ada cetakan berkaitan model and so on.. dekat logam USB port tu, dekat yang clone tu tak wujud.
lagi dekat dalam flash drive tu korang perasan sticker putih tu, langsung tak sama dekat clone item.

jadi bila aku ngan si boss aku ni (boss aku la yang terkena ni) pergi tukar benda ni, kami jumpa la dengan pekedai dia cakap denda ni clone, pekedai ni langsung tak banyak cakap terus tukar kepada KIngston ORI, biasanya kalau kita buat macam tu dekat tempat lain pasti pekedai dia dah "ribut petir" semacam kan....
jadi bermaksud pekedai ni dah memang ada niat menipu jual benda clone ni...

so berhati-hati la bila membeli tu ya...

sumber : http://www.sioloon.com/t17417-awas-kingston-clone

No comments:

Post a Comment