Wednesday 21 December 2011

Jejaki Laptop Dan Telefon Anda Setiap Masa Menggunakan Prey

Dengan penggunaan peranti mudah-alih yang semakin meningkat dari hari ke hari oleh semua pengguna, semestinya ia sesuatu yang sukar untuk memastikan anda ketahui dimanakah ia berada dengan mudah. Dan untuk perkara tersebut, salah satu aplikasi sumber-terbuka anti-kecurian yang popular adalah Prey yang ditawarkan untuk pelbagai platform berbeza.
Melalui Prey, anda hanya perlu memasang sebuah aplikasi ringkas pada komputer atau telefon pintar anda, yang mana ia berfungsi. Dengan adanya aplikasi Prey terpasang di komputer anda, ia menggunakan fungsi sokongan geolokasi, selain pada masa yang sama memberikan anda sebuah akses khas, yang boleh digunakan untuk log masuk ke panel kawalannya melalui internet.
Melalui panel kawalan tersebut, anda boleh membuat pelbagai perkara. Antara perkara yang anda boleh buat termasuklah merakamkan gambar pencuri laptop atau telefon pintar anda melalui kamera terbina pada peranti anda, selain merakamkan gambar skrin anda. Selain itu, sekiranya komputer atau telefon pintar anda mempunyai fail-fail yang amat sensitif seperti rahsia syarikat dan sebagainya, anda boleh terus menutup akses ke komputer anda, ataupun mengunci terus peranti anda dengan mudah.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Prey ini secara pecuma untuk Windows, OS X, Linux, Ubuntu, Android, iOS, dan mula melindungi komputer anda hari ini.

// Prey ni mengharapkan pencuri mencuba komputer yg dicuri melayari internet melalui guest account. Kalau dier format, abislah. Utk phone lagi effective kut pasal masuk simcard terus connect.

// dah test tadi kat komputer aku.amat tepat juga gealokasi yang ditunjukkan.beberapa meter je lari..sangat bagaus dan berkesan kalau guna untuk handphone dan laptop..kalau software nih support symbian lagi best bleh aku pasang kat n8 aku nih.

sumber:  http://amanz.my/category/tips-tutorial/page/3/

No comments:

Post a Comment