Tuesday 20 March 2012

MSE Antivirus Percuma dari Microsoft

800px Microsoft Security Essentials 520x369 MSE Antivirus Percuma dari Microsoft software 2 berita  windows virus symantec mse microsoft malware kaspersky internet avg Antivirus
Tahukah anda Microsoft telah mengeluarkan antivirusnya tersendiri? MSE adalah singkatan bagi Microsoft Security Essentials. Walaupun Microsoft tidak menamakan ia sebagai Microsoft Antivirus, namun fungsi utama bagi applikasi MSE adalah bagi menangkis serangan virus ke atas platform Windows, serta memperbaiki sebarang kerosakan fail akibat jangkitan virus. Ia adalah percuma dan sangat berkesan bahkan penulis sendiri menggunakan antivirus ini di Pejabat dan di Rumah sejak hampir 3 bulan lalu :-) Penulis mengesyorkan anda menggunakan antivirus ini. Antara kelebihan MSE adalah seperti berikut…

1. Perlindungan Real-Time

Seperti antivirus yang lain, MSE juga turut mampu untuk memberikan perlindungan secara real-time iaitu perlindungan atas serangan virus semasa anda membuka, mendownload, menyalin, menutup fail bahkan perlindungan dari serangan virus melalui rangkaian (network). MSE juga boleh mengesan virus dari dalam pendrive dan folder-folder tertentu yang sering anda gunakan.

2. Mudah & Ringan

Mudah digunakan bagi semua lapisan pengguna bahkan ringan untuk digunakan oleh laptop / netbook anda. MSE hanya menggunakan kurang dari 10 Mbytes memori pc / laptop bagi melindungi Windows dari serangan dan jangkitan virus. Ianya sangat ringan berbanding applikasi antivirus komersial lain yang rata-rata memerlukan ruang memori yang lebih besar dari 25 Mbytes.. MSE adalah antara antivirus yg tidak akan memperlahankan pc / laptop anda.

3. Berkesan & Berupaya

MSE telah mendapat kritikan dan penghargaan dari institusi dan organisasi terkemuka. Antaranya pada 7 januari 2010, PC Advisor telah memberi pengiktirafan MSE sebagai “Best Free Software Award”. Manakala, AV-comparatives.org turut menamakan MSE sebagai antara applikasi antivirus yang mampu mengesan 55% virus yang baru dan tidak diketahui dan di iktiraf dengan “Bronze Award” bagi kategori proaktif detection, ”Silver Award” bagi low false-positive, dan ”Bronze Award” bagi keseluruhan performance.  Antara lain, Symantec mengatakan MSE tidak setanding applikasi antivirus komersial. Namun, AVG pula menyatakan sebaliknya, MSE adalah antara applikasi yang berguna dan berfungsi dengan baik.

4. Percuma

MSE adalah percuma bagi sebarang Windows (kecuali Windows Server) yang telah disahkan sebagai asli (genuine). Sebarang Windows pirate – tidak asli (bagi XP, Vista) yang telah di patch dengan tools WAT boleh menggunakan MSE ini. Dapatkan tools WAT di sini: program remove wat … manakala bagi Windows 7 pirate, anda perlu melakukan instalasi Service Pack 1 terlebih dahulu selepas melakukan patch dengan remove WAT. Bacaan lanjutan bagi Windows 7 di sini: windows 7 service pack 1. Dapatkan installation program MSE di sini: http://www.filehippo.com/download_security_essentials/

MSE adalah antara inisiatif dari Microsoft bagi melindungi 50-60% pengguna yang tidak menggunakan antivirus komersial seperti kaspersky & symantec. MSE adalah salah satu solusi yang baik bagi pengguna di rumah yang mahukan antivirus percuma dan berkesan bagi menangani masalah virus / malware. MSE juga tidak mempunyai masalah untuk digunapakai bersama-sama dengan antivirus percuma yang lain. Penulis mengesyorkan anda untuk mencuba MSE hari ini :-) …
*Download updater MSE pada waktu awal selepas installasi berjaya biasanya memerlukan sedikit masa. Harap bersabar ;-)
 sumber : http://admin.xenosystm.com/2011/04/02/mse-antivirus-percuma-dari-microsoft/

Sunday 4 March 2012

windows lambat loading

Ambil masa untuk memasuki Windows…

Ragam komputer / laptop:

  • Perlu mengambil masa yang lama dan perlu restart 2,3 kali untuk memasuki Windows. (macam nak panaskan enjin kereta pula rasanya)
  • Keluar notis yang mengatakan hard disk rosak.
Cara untuk membaik pulih:

  • Untuk laptop: Keluarkan hard disk dan masukkan semula hard disk tersebut di tempat asal.
  • Untuk desktop: Cabut 'power supply cable' dan 'IDE Cable' daripada hard disk dan pasangkan semula.

Power Supply Cable yang terdiri daripada 3 warna wayar (kuning, hitam dan merah), manakala IDE Cable yang berwarna kuning (dalam bulatan di bawah)
Power Supply Cable yang terdiri daripada 3 warna wayar (kuning, hitam dan merah), manakala IDE Cable yang berwarna kuning (dalam bulatan di bawah)
sumber : http://www.sisfiza.com/2011/03/ambil-masa-untuk-memasuki-windows/