Tuesday, 17 January 2012

Masalah laptop berpunca daripada hard disk

mengikut kata pelanggan, laptop ini tersekat ketika cuba untuk 'boot' Windows tanpa boleh memasuki sistem Windows mahupun bios, Sistem hanya boleh berfungsi seperti biasa hanya setelah beberapa kali dibuka, tutup butang kuasa  dan kadang-kadang cabut bateri laptop barulah ok.
Kami beritahu pelanggan yang kemungkinan ada hardware yang rosak seperti hard disk. Kami pun cabut hard disk dari laptop seterusnya buka laptop itu tanpa hard disk. Ternyata bios boleh masuk seperti biasa tanpa tersekat. Bermakna masalah ini berpunca daripada hard disk.


Untuk pastikan betul hard disk ini rosak kami cuba masukkan sekali lagi ke dalam slot di laptop. Alangkah terkejut kerana sistem Windows boleh berfungsi seperti biasa. Kami pun cuba 'restart' beberapa kali dan tiada masalah yang timbul. Cumanya ada beberapa 'software' yang 'crash' seperti Antivirus.
Pelanggan sangat gembira apabila kami beritahu tiada masalah besar yang laptop dia hadapi.
Kadang-kadang kena cek betul-betul sebelum mengatakan hardware itu rosak. Mungkin masalah di atas berpunca daripada hard disk yang tercabut daripada slotnya akibat gegaran. Sebab itu laptop baru kebanyakannya ada skru untuk lekatkan hard disk pada slot laptop.

SUMBER : http://nuzulquran.com/bm/2011/03/masalah-laptop-berpunca-daripada-hard-disk/

skrin laptop gelap

Sering terjadi pelanggan membawa laptop yang rosak dan mengatakan, "Skrin laptop saya gelap tidak keluar apa-apa, boleh baiki skrin tak?".
Biasanya, jika laptop anda memiliki tanda kerosakan sebegini, bukan skrin laptop yang rosak tetapi motherboard yang rosak. Lebih spesifik lagi iaitu ada cip di motherboard yang berlaku 'overheat' terutamanya 'display chip'. Jika cip ini rosak maka laptop lansung tidak keluarkan apa-apa tulisan di skrin. Skrin laptop yang rosak biasanya akan keluarkan paling kurang pun garis-garis hitam dan warna pudar menandakan skrin berfungsi tetapi tidak sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut tentang skrin rosak boleh klik di sini.
Dengan kata lain, jika laptop anda mempunyai simptom skrin gelap tidak keluarkan apa-apa maka yang rosak adalah motherboard laptop. Kos baiki antara RM180 hingga RM250 bergantung kepada kedai.
Jika laptop itu menggunakan processor jenama AMD maka kebarangkalian untuk kembali rosak amatlah tinggi. Kami sarankan jika anda ada duit lebih baik beli yang baru daripada membaikinya, Tetapi tidak salah untuk mencuba baiki untuk kali pertama. Jika rosak sekali lagi barulah beli yang baru.
Jika laptop anda menggunakan processor jenama Intel maka harapan sangat tinggi untuk bertahan lama. Ini berdasarkan pengalaman kami. Semuanya juga bergantung kepada cara anda guna.
Jika anda sayangkan data yang ada dalam laptop yang rosak motherboard itu, jangan risau kerana anda masih boleh jadikan hard disk di dalam laptop itu sebagai 'external hard disk'. Cuma perlu beli bekasnya(casing) sahaja.
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/12/skrin-laptop-gelap/

Skrin yang tiada paparan biasanya berlaku kerana masalah perkakasan. Ia mungkin berpunca daripada monitor itu sendiri ataupun mungkin disebabkan oleh kad grafik! Cuba pasang monitor lain pada CPU anda dan lihat sama ada terdapat paparan atau tidak. Jika ada paparan maka monitor anda itu yang bermasalah. Jika tetap tiada paparan setelah anda gunakan monitor lain, maka kemungkinan besar masalahnya ialah pada kad grafik anda!

Skrin laptop rosak?

tanda-tanda skrin rosak terlebih dahulu.
Antara tandanya ialah:
  1. Skrin jadi sangat malap. Macam nampak tak nampak sahaja tulisan di skrin.
  2. Skrin jadi putih sahaja.
  3. Skrin keluar garis-garis halus atau titik-titik.
  4. Skrin keluar pelbagai warna yang sukar untuk kita baca apa-apa tulisan di skrin.
  5. Skrin ada kesan retak samada sikit atau banyak.
Inilah antara tandanya. Untuk memastikan lagi yang skrin betul-betul rosak maka kita perlu ujinya di:
  1. Skrin LCD atau CRT dekstop.
  2. LCD Projector.
Dua alat di atas adalah cara paling cepat untuk kita uji skrin laptop. Anda pelu sambungkan wayar VGA ke port VGA laptop anda.
Wayar VGA

Port VGA
Jika keluar tulisan dan gambar dengan elok di skrin desktop itu maka sahlah skrin laptop anda yang rosak.
Jika gambar dan tulisan yang keluar di skrin desktop itu juga bermasalah maka mungkin ada kaitan dengan masalah lain.
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/08/skrin-laptop-rosak/

Hibernate & Sleep…

Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Baru-baru ini seorang juruteknik komputer yang berpengalaman berkongsi tip untuk menjaga Laptop/Notebook. Beliau menyatakan, jangan menggunakan fungsi 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda. Ini kerana boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.
Kenapa ini terjadi?
Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan berpanjangan tanpa henti.
Jadi, kenapa perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook anda. Berikan masa rehat untuk Laptop/Notebook kesayangan. anda.
Barangan elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh. Kalau terlebih sayang sampai sebulan sekali je guna pun tak boleh.

sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/09/hibernate-sleep/

menjaga printer inkjet

Printer Inkjet merupakan pilihan ramai kerana harganya yang murah dan dakwatnya yang mudah diganti.
Selaku pembekal dan pembaik pulih alatan komputer, saban hari kami menerima aduan printer yang gagal berfungsi seperti yang dikehendaki. Masalah biasa adalah gambar yang diprint bergaris-garis dan dakwat tidak keluar.
Sebenarnya ada tip mudah untuk menjaga Printer Inkjet anda iaitu pastikan paling kurang seminggu sekali mesti guna. Sebagai contoh, sebelum balik cuti raya anda print dahulu sehelai dua dan sebaik sahaja balik dari bercuti terus print sehelai dua. Amalan ini sebenarnya dapat membantu printer anda berfungsi seperti yang diingini.
sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/09/menjaga-printer-inkjet/

pendrive tak boleh format

kalu pendrive xleh format lagu mano nk wat?dia jadi format raw…kalu kito restore file dio guna sftware icare blh tp xleh nk bekki…jd lagu mano nk bekki bia blh jadi format fat32 blk…hrp2 pok nik blh tolong..

@pendaflour: Pasang pendrive anda. Pergi ke My Computer-Manage-Device Manager. Pada Disk Drive, klik kanan pada USB DISK dan pilih properties-pilih tab Policies dan setkan Better Performance dan klik OK. Tutup semua tetingkap yang dibuka, jalankan arahan cmd pada kotak RUN dan taip pada command prompt format U: /FS:FAT32 /Q /X. PakNik menggunakan contoh U untuk drive USB. Taip huruf drive yang berkenaan dengan sistem anda! Jika tiada sebarang masalah lain, sepatutnya pendrive anda sudah terformat dengan sempurna dengan FAT32!

laptop tak boleh on

laptop saya xbleh nk on.HP CQ41.kenape?


@ashkuraz: wa alaikumus salam Tak boleh on, kemungkinan power switch sudah bermasalah. Cuba hantar ke kedai, biasanya kos perbaiki sekitar RM200.00
sumber : nak tanyo gapo