Kami beritahu pelanggan yang kemungkinan ada hardware yang rosak seperti hard disk. Kami pun cabut hard disk dari laptop seterusnya buka laptop itu tanpa hard disk. Ternyata bios boleh masuk seperti biasa tanpa tersekat. Bermakna masalah ini berpunca daripada hard disk.
Untuk pastikan betul hard disk ini rosak kami cuba masukkan sekali lagi ke dalam slot di laptop. Alangkah terkejut kerana sistem Windows boleh berfungsi seperti biasa. Kami pun cuba 'restart' beberapa kali dan tiada masalah yang timbul. Cumanya ada beberapa 'software' yang 'crash' seperti Antivirus.
Pelanggan sangat gembira apabila kami beritahu tiada masalah besar yang laptop dia hadapi.
Kadang-kadang kena cek betul-betul sebelum mengatakan hardware itu rosak. Mungkin masalah di atas berpunca daripada hard disk yang tercabut daripada slotnya akibat gegaran. Sebab itu laptop baru kebanyakannya ada skru untuk lekatkan hard disk pada slot laptop.
SUMBER : http://nuzulquran.com/bm/2011/03/masalah-laptop-berpunca-daripada-hard-disk/
SUMBER : http://nuzulquran.com/bm/2011/03/masalah-laptop-berpunca-daripada-hard-disk/
No comments:
Post a Comment