Tuesday 17 January 2012

Hibernate & Sleep…

Kali ini kami akan menyentuh berkenaan satu tabiat yang boleh membawa bencana kepada Laptop/Notebook kesayangan kita. Baru-baru ini seorang juruteknik komputer yang berpengalaman berkongsi tip untuk menjaga Laptop/Notebook. Beliau menyatakan, jangan menggunakan fungsi 'hibernate' dan 'sleep' di laptop anda. Ini kerana boleh membawa kepada kerosakan skrin dan hard disk.
Kenapa ini terjadi?
Laptop/Notebook biasanya selepas 'hibernate' atau 'sleep' kita akan tutup skrin dan masukkan ke dalam bag jika hendak berpindah ke suatu tempat. Bayangkan haba yang dikeluarkan oleh motherboard dan hard disk yang tidak ditutup secara penuh ini terperap di dalam beg itu. Lama-kelamaan haba ini akan menjadikan hard disk dan panel skrin mudah rosak kesan kepanasan berpanjangan tanpa henti.
Jadi, kenapa perlu mengambil risiko ini? Jangan sayang untuk 'shut down' Laptop/Notebook anda. Berikan masa rehat untuk Laptop/Notebook kesayangan. anda.
Barangan elektronik ini kalau terlebih guna sampai tiada istilah tutup pun tak boleh. Kalau terlebih sayang sampai sebulan sekali je guna pun tak boleh.

sumber : http://nuzulquran.com/bm/2010/09/hibernate-sleep/

No comments:

Post a Comment