Bateri Notebook Yang Rosak Boleh Memberikan Kesan Buruk Kepada Notebook.
Assalamualaikum semua,
Aku percaya ramai antara kita yang
memiliki notebook untuk kegunaan sehari-harian. Kebanyakkan notebook
yang kita ada mungkin sudah berusia melebih satu tahun. Pada
permulaannya kuasa bateri notebook anda mungkin boleh bertahan antara
lapan hingga sepuluh jam (standby) manakala jika kita guna berterusan
boleh bertahan antara tiga hingga lima jam.
Apabila notebook kita semakin berusia maka tempoh penggunaannya untuk mode bateri akan semakin berkurangan. Ini disebabkan bateri notebook tidak lagi boleh menyimpan kuasa sehingga seratus peratus. Mungkin sudah menurun.
Bateri notebook biasanya akan boleh
bertahan antara satu tahun ke dua tahun sahaja. Selepas itu biasanya ia
hanya boleh menyimpan tenaga sekitar sepuluh persen saja.
Dari pengalaman dan pemerhatian, aku
dapati jika kita berterusan menggunakan notebook dengan kuasa bateri
yang semakin kurang dan menggunakan tenaga elektrik secara terus dari
plug, satu hari notebook anda akan memberikan satu respon yang anda
sendiri tidak jangka. Antaranya apabila di tekan butang power, notebook
anda hanya boleh switch on power saja manakala tak ade ape-ape yang akan
dipaparkan di skrin. Ada juga antara notebook yang mana baterinya sudah
tidak boleh di cas lagi memberikan impak yang buruk kepada adaptor dan
plug rumah anda. Sehinggakan plug dan adaptornya terbakar walaupun
semasa notebook anda masih dalam keadaan tertutup dan adapternya tetap
disambungkan ke plug.
Oleh itu pesanan dari aku, jika notebook
anda sudah tidak boleh bertahan dalam mode baterinya iaitu sekitar
beberapa minit saja, dan anda ingin meneruskan juga menggunakan notebook
itu, eloklah ditanggalkan bateri dahulu dari notebook itu dan gunakan
adapter untuk tenaganya. Selepas menggunakan notebook itu pastikan anda
mencabut plug adaptor dari plug rumah anda untuk mengelakkan notebook
anda rosak. Baca lebih lanjut berkenaansumber : http://blogsyarih.com/awas-bateri-notebook-yang-rosak-boleh-memberikan-kesan-buruk-kepada-notebook/?utm_source=feedburner&utm_medium=email&utm_campaign=Feed%3A+Blogsyarih+%28Syarih.com+|+Hidup+Biar+Berkat.%29&utm_content=Yahoo!+Mail
No comments:
Post a Comment