Saturday, 10 December 2011

Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama

Biasanya, pc atau laptop kalau dibiarkan on selama berpuluh-puluh jam pasti akan menjadi panas, dan seterusnya mengakibatkan performance komputer menjadi “sluggish” dan kerap hang. Tapi, selepas restart atau shutdown, performance komputer akan menjadi laju seperti sedia kala.
Untuk mengatasi masalah tersebut, berikut adalah langkah2 yang boleh diambil;

Software solutions

1. Speedfan
speedfan
Salah satu sebab komputer jadi slow ialah masalah overheating. Speedfan boleh menunjukkan temperature processor dan juga GPU komputer. Anda juga boleh set automatic fan speed bagi membolehkan speedfan mengawal kelajuan kipas pada gpu dan cpu.
Download SpeedFan.
2. Power Management
edison power management
Jika membiarkan komputer on untuk tujuan download (idm/torrent) anda boleh turn off fungsi lain bagi menjimatkan elektrik serta mengelakkan komputer menjadi panas.
Untuk akses power management di komputer anda, boleh gunakan Power Option dalam Control Panel. Taip powercfg.cpl pada start menu.
Atau untuk lebih mudah gunakan perisian Edison.  Download Edison di sini.
3. Ram defragmenter
Kadang2 komputer jadi slow mungkin juga sebab memory leak disebabkan perisian yang anda gunakan ini di-coding dengan buruk.
Anda boleh cuba perisian seperti SpeedUpMyPC untuk defrag ram dan sekaligus menjadikan komputer lebih lancar.
4. OS
Jika ada ram lebih daripada 4gig, sila gunakan OS 64 bit (x64) dan bukannya OS 32bit (x86). 64 bit OS lebih lancar, laju dan stabil kerana ia mampu menggunakan kesemua kapasiti ram yang ada.

Hardware solutions

1. Upgrade processor
Processor lama agak slow dan cepat panas. Jadi kalau ada duit sila upgrade ke processor dengan teknologi terkini yang laju serta menjimatkan tenaga dan kurang panas. Contohnya seperti Intel Core i5 dan i7 serta AMD Phenom II.
2. Upgrade ram
Kalau ram hanya 2gig for sure la komputer takde la lancar sangat. Nak multitasking pun kena la ada ram yang banyak. At least, anda kena ada sekurang-kurangnya 4gig ram baru lah rasa nikmat menggunakan komputer yang laju dan tidak lag.
3. Gunakan kipas yang lebih bagus
Biasanya stock fan yang ada pada CPU agak cikai, dan cepat panas. Jadi anda boleh tukar fan yang lagi hebat dan dahsyat bagi membolehkan cpu bertahan lama tanpa panas.
Jika menggunakan notebook, pastikan guna notebook cooler bagi elak notebook daripada cepat panas.
Kalau boleh, turn off la komputer sekali sekala. Tak kira la komputer harga rm10k sekalipun, Kalau biar on selama beberapa hari mesti la panas.

sumber : http://jomphp.com/maintain-performance-pc-selepas-penggunaan-yang-lama.html

Software untuk "remote" komputer lain yang berada dalam network yang sama

Anda mempunyai beberapa pc atau laptop yang disambungkan dalam network atau router yang sama melalui wireless atau cable? Dan anda selalu diganggu oleh kakak2 atau adik2 anda untuk menyelesaikan masaalah mereka berkenaan pc atau sebagainya? dan bagaimana pula jika mereka berada di halaman rumah atau di dapur dan anda pula berada di dalam bilik? Malas la pulak nak bangun pergi dapur atau ruang tamu kan? jadi inilah penyelesaian terbaik iaitu anda hanya perlu remote sahaja komputer atau laptop kakak or adik anda itu di dalam bilik dengan mudah. Real VNC merupakan salah satu software yang agak ringkas dan mudah digunakan. Cara-cara meng-install :- 1. Klik Next 2. Accept dan klik next untuk seterusnya 3. Pilih destinasi program untuk diinstall.. dan klik next 4. Bagi la nama ape2 pun xkisah.. Next lagi... fuih.. byk nye next.. 5. Pastikan checked pada checkbox assosiate tu dan klik next.. 6. Klik install button 7. Ya.. itu dia anda dah berjaya install!!! **Pastikan anda install software ini pada setiap komputer yang ingin anda remote** Ok, Sekarang cara-cara macam mana nak set dan gunakan pulak :- Sebelum anda boleh remote pc, pastikan setiap pc hendaklah me-running kan VNC server terlebih dahulu. Then, double klik kat icon VNC di kanan bawah pc anda. Tetapkan password untuk setiap pc, untuk memastikan anda mendapat privacy.. hehe kalau adik anda or kakak tau pc anda punya password maka dia boleh remote anda tanpa anda sedari dan mengetahui setiap apa yang anda lakukan. Abaikan features yang lain-lain itu jika anda new user.. dan untuk advance user anda buat la apa yang anda rasa patut. Nak adjust port pun boleh. Dan, anda run VNC viewer untuk mula remote mana2 komputer yang anda kehendaki dengan memasukkan ip address komputer tersebut sebelum anda diminta untuk memasukkan password. Untuk advance user, anda juga boleh melakukan remote daripada mana-mana tempat. Contohnya dari pc pejabat anda ke pc di rumah anda dengan melakukan port forwarding. Dan process ini tidak memerlukan anda berada dalam network yang sama tetapi melalui internet. Dan ip address akan kelihatan lebih kurang begini " 10.16.208.42:5000 " yang mana 5000 tersebut adalah port komputer yang anda set kan. Untuk mendownload software ini klik disini
 
sumber : http://jomphp.com/software-untuk-remote-komputer-lain-yang-berada-dalam-network-yang-sama.html

Mengesan Kerosakan Komponen Pencetak

Assalamualaikum, salam sejahtera agak lama bersawang blog aku disebabkan mood mengupdate agak kemalasan, so pada kali ini aku akan cuba menerangkan serba sedikit cara mengesan kerosakan mesin pencetak. Antara kerosakan-kerosakan yang kebiasaanya berlaku disebabkan kerosakan komponen pencetak iaitu :
1 ) Tiada Cetakan Berlaku / Cetakan Tidak Terhasil .
  • Penyebab : Pita yang terdapat pada pencetak atau pengerak ribbon tidak dapat berpusing.
  • Penyelesaian : Anda perlu periksa kedudukan pita pencetak, sekiranya tiada masalah, pastikan pengerak ribbon bergerak secara normal iaitu ianya tidak berpusing semasa kepala bergerak ke kiri dan ke kanan.
2 ) Kertas Tidak Masuk Pada Pencetak.
  • Penyebab : berkemungkinan penderia ( sensor ) tidak dapat membaca kehadiran kertas atau roller tidak berfungsi berkemungkinan roller anda patah pada matanya pengeraknya.
  • Penyelesaian : Bersihkan penderia dan roller/ jika roller anda patah pada mata pengeraknya, anda perlu melakukan sedikit modifty supaya hujung mata tersebut berhubung pada pengerak roller.
3) Cetakan Terpotong/ Tidak Sempurna.
  • Penyebab : jarum pada kepala pencetak ( print head ) kotor atau tersumbat disebabkan anda jarang menggunakan printer, maka ink yang terdapat pada cartridge akan keras.
  • Penyelesaian : Buka kepada pencetak dan periksa titik pin yang berada pada sisi depan sekiranya berlubang atau anda  periksa jalur pada kepala pencetak sekiranya terputus,
  • Anda juga boleh mencuba merendamkan kepada pencetak anda/ catridge anda ke dalam air panas ( amaran : rendam hanya separuh jangan penuh,supaya mata pencetak dibawah tersentuh dengan air panas, dimana ink yang keras akan cair.
  • Jika kesemua penyelesaian diatas telah anda lakukan, makan hasil masih sama, seelok anda tukar kepala pencetak/cartridge yang baru.
4 ) Semasa cetakan dilakukan, kepala pencetak anda melompat-lompat / cetakan melompat-lompat.
  • Penyebab : ianya disebabkan tidak lancarnya gerakan kepala pencetak ke kiri dan ke kanan/ atau metal rail anda tidak tegang.
  • Penyelesaian : Bersihkan metal rail  menggunakan cecair, lap dengan kering  atau pastikan matel rail anda tegang, dimana fungsi metal rail mengerakkan kepala pencetak/catridge semasa proses cetakan berlaku.
5 ) Cetakan Laser/ Mesin Photostat anda berbelang-belang.
  • Penyebab : Drum kotor, berkemungkinan kerana kekerapan menggunakan mesin dan disebabkan oleh cara pengguna menarik kertas yang tersangkut.
  • Penyelesaian : Cuba bersihkan kotoran yang terdapat pada drum sekiranya tidak berjaya anda perlu tukar baru.
  • Nota : Sesetengah drum  dilekatkan sekali bersama toner, jadi anda perlu menukar toner baru, sekiranya drum tersebut bermasalah.
sumber : http://ayieblog.com/v2/mengesan-kerosakan-komponen-pencetak.html

Monday, 5 December 2011

sotware permata TBkids tak boleh guna

masalahnya : laptop keluaran top it terengganu tak boleh jalankan aplikasi permata TBKids

solusi: software ini menggunakan browser internet explorer. ia tak boleh digunakan kerana browser internet explorer clash dengan google chrome..bila uninstall google chrome barulah software itu dapat di jalankan ..fuhh..letih cari solusinya tapi berbaloi hihi

Thursday, 1 December 2011

Cara mudah periksa ‘motherboard’ rosak 

Apabila pelanggan membawa komputer yang gagal masuki Bios dan skrin tidak mengeluarkan apa-apa tulisan dan gambar, maka perkara pertama bermain dalam fikiran kami ialah kerosakan motherboard. Cara mudah ini adalah sesuai untuk anda menguji desktop sahaja. Ini kerana anda hanya perlu buka penutup tepi desktop untuk melihat motherboard. Jika anda ingin membuka motherboard laptop maka anda perlu lalui banyak langkah bergantung kepada model laptop.

Gambar di atas ialah 'motherboard' sebuah komputer meja. Jika anda perhatikan gambar di atas. Ada beberapa cip iaitu objek yang berwarna hitam dan melekat di papan litar.
Cara pertama:
Apa yang anda perlu buat ialah sentuh semua cip yang ada semasa komputer anda masih berjalan. Jika ada cip yang tidak boleh disentuh kerana terlampau panas maka memang pasti motherboard anda bermasalah.
Cara Kedua:
Cara ini dilakukan apabila anda gagal mengesan kerosakan pada cara pertama iaitu perhatikan permukaan kapasitor di motherboard. Jika terdapat permukaan atas kapasitor (kepala kapasitor) yang terbuka seolah-olah terbakar maka memang pasti 'motherboard' komputer anda bermasalah.
Gambar menunjukkan salah satu kapasitor yang terbakar.
 
Gambar menunjukkan salah satu kapasitor yang terbakar.
Anda boleh cuba mana-mana cara terlebih dahulu bergantung kepada kemudahan yang ada.

Selamat Mencuba!

SUMBER: http://nuzulquran.com/bm/2011/01/cara-mudah-periksa-motherboard-rosak/

Atasi Fail Sistem Windows Yang Rosak

Pernahkah anda dapat mesej dari Windows yang sedang anda gunakan sekarang mengatakan bahawa ada sesetengah sistem fail Windows seperti fail DLL telah rosak dan perlu digantikan dengan yang baru? Atau semasa anda sedang menggunakan komputer, tetiba keluar mesej amaran dari Windows meminta anda memperbaiki dan menggantikan sistem fail Windows yang hilang atau telah diubah. Kesemua situasi ini berkemungkinan besar masalah virus di dalam komputer anda yang merosakkan kesemua fail-fail sistem Windows tersebut.

Dan tidak ketingglan juga, aplikasi antivirus yang anda gunakan seperti Norton Antivirus atau Avira atau yang lain menjadi penyebab fail sistem Windows ini rosak atau terpadam. Ini kerana tabiat virus komputer amat berminat menjangkiti fail-fail sistem Windows untuk memastikan pengguna mengalami masalah sewaktu menggunakannya. Ada sesetengah pengguna mengambil keputusan untuk menginstal kembali Windows yang sedang mereka gunakan untuk tujuan memperbaiki masalah yang sedang berlaku. Jika anda malas untuk menginstal semula Windows, cuba dapatkan CD versi Windows yang sedang anda gunakan dan catitkan juga fail-fail sistem yang rosak daripada mesej amaran yang keluar. Ikuti langkah-langkah berikut;

1. Guna utiliti Search untuk mencari fail sistem yang hilang daripada CD dan sebelum itu gantikan hujung nama fail sistem tersebut dengan simbol underscore atau "_" . Contoh, sekiranya fail sistem SYSTEM32.DLL dilaporkan rosak atau hilang, diruangan Search, masukkan nama seperti berikut SYSTEM32.DL_

2. Jika fail yang dicari itu dijumpai didalam CD, buka aplikasi Command Prompt dan taipkan arahan berikut,

EXPAND D:\SETUP\SYSTEM32.DL_ C:\Windows\SYSTEM32.DLL

sekiranya pemacu CDROM anda bukan "D" gantikan dengan yang betul.

3. Jika fail yang dicari itu tidak dijumpai di dalam CD, berkemungkinan fail sistem tersebut berada di dalam katalog CAB. Untuk Windows versi XP, fail CAB ini dianggap sebagai folder. Gunakan utiliti Search dan cari fail CAB ini. Selepas itu buka aplikasi Command Prompt dan taipkan arahan berikut;

EXTRACT /L C:\WINDOWS D:\I386\Driver.cab System32.dll

Jika folder instalasi Windows anda bukan pemacu dan folder "C:\WINDOWS", gantikan dengan yang betul dan jika pemacu CDROM anda bukan pemacu "D", gantikan juga dengan yang betul.

Selepas itu, reboot kembali komputer anda dan tentukan samaada keluar mesej amaran atau tidak, jika tiada ini bermakna proses yang anda telah lakukan tadi telah berjaya.


"Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan"


sumber: http://rahsiawindows.blogspot.com/2010/10/atasi-fail-sistem-windows-yang-rosak.html

Monday, 28 November 2011

Tutorial melajukan Windows anda menggunakan Tune Up Utilities 2012

tune-up-2012
Masalah utama Windows ialah bila digunakan dalam jangkamasa lama akan menjadi perlahan, dan punca utama adalah masalah registry corrupt, program error dan sebagainya.
Tutorial ini akan mengajar anda cara melajukan Windows menggunakan perisian Tune Up Utilities 2012.
tuneup-utilities-2012 Pertama kali dilancarkan, Tune Up 1-Click Maintenance akan muncul dan scan komputer anda untuk error dan masalah lain yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab dan berat.
Selepas siap scan, sila tekan Run maintenance.
tune-up-utilities 2012
Pada bahagian PC optimization mode: Anda boleh set kepada Turbo atau Standard untuk melajukan proses Windows. Kalau anda mahu jimatkan penggunaan bateri sila set kepada Economy.
tuneup-utilities-2012[7]
Masuk Tune Up System Control dan tekan bahagian Network, sila matikan fungsi “Search network for shared resources automatically”.
tuneup-utilities-2012[9]
Masuk bahagian Memory and Cache, tekan pada Recommended dan biasanya Tune Up akan cadangkan pilihan Always keep in memory.
tune-up-utilities-2012
Anda juga boleh matikan fungsi Show low disk space warning.
Lain2 setting seperti disable error reporting, disable fungsi history pada Windows Media Player, atau disable Windows Update jika anda tidak guna langsung fungsi Windows Update.
tune-up-utilities-2012[7]
Untuk melajukan startup, buka TuneUp Startup Manager dan delete program yang tidak perlu seperti Adobe PDF, Widget dan sebagainya yang boleh melembabkan komputer.
Sedikit tips; uninstall program atau games yang tidak perlu dan memberatkan komputer, jangan biar kapasiti hard disk penuh, jangan install sebarang toolbar atau program berbentuk malware dan adware dan paling penting…
Jangan gunakan banyak jenis antivirus serentak dalam satu Windows, saya cadangkan antivirus Microsoft Security Essential supaya komputer lebih ringan, laju dan selamat.

sumber : jomphp.com